Search This Blog

Tuesday, December 17, 2019

Kisah yang Dipendam - Tan Sri Koo Chong Kong

Kisah ini kisah yang sudah berpuluh tahun terpendam.  Apa yang kita boleh jumpa dalam sumber bertulis fizikal dan internet cumalah sedikit sahaja.  Dan pada masa sama, agak mengelirukan sekiranya sesiapa yang cuba mengorek kisah ini tidak mengetahui apa yang telah berlaku sebelum itu, di tengah-tengah, dan di penghujung.

Kisah ini adalah mengenai seorang wira, seorang wira yang lebih menyayangi negaranya berbanding nyawanya sendiri.  Yang memahami maksud pengorbanan.  Yang memahami bahawa di bahunya, tanggungjawab seorang rakyat kepada Raja, Negara, dan masyarakat.  Yang memahami bahawa kekhilafan perjuangan dahulu perlu diperbetulkan walaupun nyawa sebagai ganti. 

Friday, December 13, 2019

Tugu Peringatan Perang Air Itam - Sejarah


Sekiranya anda dalam perjalanan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang, anda akan melintasi struktur ini yang terletak di Bulatan Air Itam.  Sebuah tugu berbentuk lori Dodge digambarkan ditolak oleh beberapa orang lelaki yang mempunyai raut wajah Cina.  Dengan hanya tulisan Cina di tugu utama ini, kehadiran tugu ini membangkitkan kontroversi kerana disalah anggap sebagai suatu tugu yang telah dibina untuk mengagungkan pengganas komunis. 

Pandangan pertama kebanyakan pengunjung.

Sejarah negara kita bukanlah sehitam dan seputih yang diinginkan kebanyakan rakyat Malaysia.  Mungkin sebab kerana bagaimana sejarah diajar di sekolah-sekolah dan bagaimana Kementerian Pelajaran menstrukturkan matapelajaran sejarah kita, maka banyak perkara yang telah diabaikan ataupun lebih tepat, kurang diberi perhatian.  Ini diburukkan lagi dengan tugu itu hampir sepenuhnya ditulis dalam Bahasa Cina.

Wednesday, December 4, 2019

M&M

Sudah tentu ramai yang mengenali coklat M&M yang membawa slogan "the milk chocolate that melts in your mouth, not in your hands," yang membawa maksud, "coklat tenusu yang cair dalam mulut anda, dan bukannya di tangan anda". Coklat yang berwarna-warni dan amat diminati kanak-kanak ini sudah tentu mudah sekali dijumpai di rak-rak makanan ringan di kedai runcit dan pasar raya.

Tetapi, tahukah anda bahawa coklat M&M pada asalnya merupakan dicipta sebagai makanan khusus untuk rangsum medan tentera? 

Pada tahun 1941, Amerika Syarikat memerlukan makanan berkalori tinggi untuk kegunaan pasukan tentera mereka.  Salah satu bahan yang dikenalpasti adalah coklat. 

Sunday, December 1, 2019

Rukun Negara

Rukun Negara.  Falsafah yang menggariskan bagaimana dan apa yang diharapkan apabila bergelar sebagai seorang warganegara Malaysia.  Namun, perbincangan kita hari ini bukannya sekadar menjurus kepada menjadi seorang rakyat Malaysia.  

Monday, November 11, 2019

Militancy - Why do They Persist?

When United States military had managed to kill Osama bin Laden in 2011, the world had thought that the war against militancy would soon be over.  So did Sri Lankan government when they killed off Vellupillay Prabhakaran in 2009.  And so too those who had fought against Nazi Germany, when Adolf Hitler killed himself with his wife, Eva Braun in an underground bunker just before the fall of Berlin to Soviet Russian onslaught.  Thus, when United States announced that they had managed to kill Abu Bakr al-Baghdadi, the head of ISIS / IS / Daish, they had not actually accomplish any objective but merely pushing the organisation further underground.

Saturday, November 9, 2019

Phone Scam

Imagine this.  You're happily at work, or doing your chores at home, or maybe even outside.  Then suddenly your phone rings.  If you received the call from your mobile phone, you look at the number and it shows some unknown number.  Curious, you answered the call.  A machine reads out the following message, or a variation of this message.
 

Thursday, November 7, 2019

SosMA - Keselamatan Negara bukan untuk Dipolitikkan

Baru-baru ini, 12 individu telah ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas yang dikatakan telah ditumpaskan, iaitu Liberation Tiger of Tamil Eelam (LTTE) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special Measure) Act)] yang lebih dikenali sebagai SosMA telah menimbulkan semula tuduhan bahawa akta tersebut adalah tidak berpelembagaan dan tidak berperikemanusiaan.  Daripada dua belas individu yang ditahan itu, dua orang adalah merupakan ahli Dewan Undangan Negeri di bawah Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party - DAP), parti tersebut dengan cepat menaikkan isu bahawa penahanan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak logik kerana mereka mendakwa pergerakan tersebut telah lama tumpas, dan mereka beriya-iya membawa usul untuk membubarkan akta tersebut.