Saturday, June 27, 2015

Sharing is Caring

Caring is sharing. Sudah tentu ramai yang pernah melihat frasa ini pada post-post viral. Ramai pula yang terbaca frasa ini terus terdetik di hati untuk share post-post sebegini tanpa berfikir terlebih dahulu, apakah tujuan asal orang yang memulakan cerita tersebut.


Sebagai contoh, hebahan umum mengenai cara-cara memanggil polis dengan menekan nombor PIN ATM anda terbalik.

Ramai yang percaya bahawa ini adalah benar, bahawa sekiranya anda menekan nombor PIN anda secara terkebelakang, iaitu 123456 kepada 654321, polis akan dimaklumkan.

Hakikatnya, teknologi ini tidak pernah menjadi kenyataan.

Kisah ini yang bertaraf urban legend ini berasaskan kepada cadangan untuk menjadikan suatu teknologi yang membantu polis dipanggil ke mesin ATM untuk membantu mangsa itu terkubur apabila cadangan tersebut sebenarnya membahayakan pengguna kad ATM tersebut.

Sudah tentu si perompak pernah dan mungkin sekali masih lagi memiliki kad ATM dia sendiri. Dan sudah tentunya akan diberitahu oleh pihak bank akan perkhidmatan ini. Apa yang si perompak perlu lakukan cuma adalah membunuh mangsa dan melarikan diri dengan wang tersebut.

Sharing is caring. Ya, caring enough untuk menipu anda. Di zaman Internet ini, banyak benda yang tidak boleh dipercayai. Tetapi dengan teknologi yang sama digunakan untuk menipu anda, boleh juga digunakan untuk membantu anda. Fikirkanlah. Sharing is caring.

Tak percaya? Buka dompet anda, keluarkan kad ATM anda dan telefon nombor di belakang kad anda. Tanya kepada operator yang menjawab dan pastinya dia tidak pernah mendengar atau melihat teknologi ini dilaksanakan. 

No comments:

Post a Comment