Thursday, April 27, 2017

Timur Tengah yang Bergolak - Bara Api Kebencian - Bahagian 4

Timur Tengah yang Bergolak - Bara Api Kebencian - Bahagian 3

Penglibatan Rusia dalam perang saudara Syria bukanlah tidak bersebab. Sesetengah orang mungkin melihat penglibatan Rusia dalam konflik ini bagai sebuah kuasa dunia yang sudah melepasi tarikh luput yang cuba menunjukkan taringnya tumpulnya seolah-olah masih tajam ke atas sesebuah masyarakat bagi memastikan rejim yang menjadi sekutunya terus berkuasa. Tetapi penglibatan Rusia di Syria adalah atas kepentingannya, bukannya atas pelawaan Syria semata-mata.


Sekutu Tradisi
Walaupun Syria merupakan tempat bertapak beberapa agama (semua agama samawi mempunyai akar umbi Syria dalam sejarah mereka), Syria telah mengambil jalan untuk menjadi sebuah negara sekular melalui penubuhan Parti Baath Syria. Walaupun Syria memilih laluan sebagai sebuah negara sekular, tidak menghalang Syria daripada bermusuhan dengan Israel. Permusuhan ini berpucuk pangkal dari sifat Pan-Arab Parti Baath, dan bukannya berpunca daripada agama. 

Permusuhan dengan Israel ini menarik perhatian USSR, negara terbesar di dunia ketika itu pada tahun 1960-an dan juga pemimpin utama pakatan komunisme beserta sekularism, untuk menjadi sekutu dengan Syria dan dunia Arab. (Pihak Barat ketika itu diketuai oleh Amerika Syarikat dan dilihat sebagai sebuah pakatan bersifat Judeo-Christianity yang mengamalkan ekonomi kapitalisme).

Adakah hubungan Rusia dengan sekutunya di Timur Tengah rapat? Adakah sokongan persenjataan kepada negara Timur Tengah bukti sokongan kuat Rusia? Hubungan ini diuji oleh tentera British, Perancis dan Israel semasa krisis Terusan Suez (1956).

Krisis Terusan Suez (1956)
Tentera Israel di bawah pimpinan Mejar Jeneral Moshe Dayan, yang lebih dikenali sebagai Jeneral Bermata Satu telah menyerang Terusan Suez dengan niat untuk mengambil alih terusan itu untuk memastikan kesinambungan hubungan laut untuk Israel dan sekutu-sekutunya di barat.

Pencerobohan itu dibantu oleh Britain yang masih marah dengan pengambilalihan secara paksa Terusan Suez oleh kerajaan Mesir walaupun perjanjian dahulu telah mewartakan untuk pemilikan operasi terusan sehingga sekurang-kurangnya 1968. Perancis pula telah terlibat kerana penglibatan Mesir dalam pemberontakan Algeria terhadap pentadbiran Perancis.
Nikita Khrushchev

Ketika tentera Mesir menghadapi kekalahan demi kekalahan, Perdana Menteri Soviet, Nikita Khrushchev terlibat bercampur tangan dalam pertelagahan tersebut dengan mengancam untuk melancarkan peluru berpandu berpeledak nuklear terhadap London, Paris dan Tel Aviv.

Ancaman tersebut berserta keengganan AS untuk terlibat dalam satu lagi peperangan asing akhirnya berjaya memaksa tentera Israel, British dan Perancis untuk meninggalkan Terusan Suez.

Syria Bukan Mesir
Syria bukanlah Mesir. Walau bagaimanapun, hubungan Rusia - Timur Tengah ini merupakan hubungan yang berkembang daripada benih sama yang ditanam oleh Perdana Menteri China Zhou En-lai apabila beliau mencadangkan kepada Nikita Khrushchev untuk berkenalan dengan Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser.

Presiden Gamal Abdel Nasser
Daripada negara-negara yang menjalinkan hubungan dengan Rusia dari benih ini, Mesir telah jatuh ke bawah lingkungan pengaruh AS semasa pemerintahan Presiden Husni Mubarrak. Iraq pula tumbang ke pengaruh AS apabila Saddam Hussein tewas dalam Perang Teluk Kedua, manakala Rusia kehilangan Libya apabila Muammar Gadaffi tumbang.

Mesir, Libya dan Syria. Dua tumbang tinggalkan Syria.
Menyedari bahawa jika mereka tidak masuk ke dalam konflik itu, Rusia akan kehilangan tapak di rantau ini selama-lamanya, meninggalkan Iran untuk menghadapi hegemoni barat di rantau ini.

Oleh itu, Rusia bertindak bercampur tangan di Syria dengan segera untuk mengelakkan kerajaan Bashir al-Assad daripada tumbang.

Perang Proksi
Kejatuhan Libya menyedarkan Rusia bahawa konflik Timur Tengah adalah pada hakikatnya, perang proksi. Apabila Rusia mendapati bahawa negara-negara yang tumbang kemudian menjadi pro-Amerika Syarikat dan bahawa kebanyakan unsur-unsur anti-kerajaan di Spring Arab mempunyai baur pro-Barat, mereka menyedari bahawa itu adalah mirip dengan perang proksi yang berusaha untuk menjatuhkan sekutu rapat Rusia yang disandarkan di bawah apa yang dipanggil perjuangan untuk kebebasan.

Musuh yang Sama
Apabila CIA bertindak menerima Daish sebagai salah satu kumpulan militan proksi mereka untuk melawan kerajaan Bashir al-Assad, AS telah secara tidak sengaja melibatkan Rusia ke Syria.

Salah satu sekutu utama Daish adalah militan Chechen. Ramai antara mereka merupakan veteran Perang Chechnya, dan mereka akan melawan mana-mana negara yang mereka anggap bersubahat dalam penaklukan Chechnya dan mereka bersedia untuk bersekutu dengan mana-mana pihak yang bersedia membantu mereka untuk menentang Russia.

Abu Omar al-Shishani
Salah satu daripada komander utama Daish dikenali sebagai Abu Omar al-Shishani, atau Abu Omar Si Chechen. Di lahirkan sebagai Tarkhan Batirashvili, dia telah terkorban dalam satu serangan drone Amerika Syarikat.

Jika Daish berjaya di Timur Tengah, mereka mungkin berusaha untuk mengganggu-gugat kestabilan Wilayah Kaukus, sesuatu yang Rusia tidak boleh terima sebagai pemerhati sahaja. Kejayaan Daish di Timur Tengah akan membuka saluran logistik dan sokongan kewangan kepada pemberontakan yang hampir mati di Chechnya.

Pada masa yang sama, China, rakan rapat dan juga negara yang menjadi sekutu rapat Rusia juga menghadapi ancaman langsung dari Daish. Pada tahun 2012, dianggarkan sekitar kira-kira 300 Cina Uiyghur Islam dari East Turkestan Islamic Movement (ETIM) telah mengangkat baiyah kepada Abu Bakar al-Baghdadi.

Permintaan dari Iraq
Syria bukan satu-satunya negara yang meminta Rusia untuk campur tangan dalam Timur Tengah.

Dengan Presiden Amerika Barrack Obama mengarahkan tenteranya ditarik keluar dari menarik balik tentera dari Iraq, kerajaan Iraq terdesak untuk mendapatkan bantuan asing. Kejatuhan Mosul dan Tikrit ke tangan Daish telah menyebabkan Baghdad panik ke Baghdad.

Risau mereka akan menghadapi keadaan yang sama dengan Saigon, mereka berusaha melibatkan Rusia, yang membekalkan pesawat SU25 Froggers untuk meningkatkan sokongan bantuan tempur udara untuk tentera Iraq menghadapi ancaman Daish.

Pelabuhan Latakia 
Satu sebab utama bagi Rusia untuk terlibat dalam Syria adalah untuk melindungi kepentingan Rusia di Pelabuhan Latakia.

Kejatuhan Libya menyebabkan Rusia kehilangan kemudahan pelabuhan utama di rantau ini. Walaupun Rusia masih boleh bergantung kepada Iran untuk kemudahan pelabuhan, langkah tersebut amarah berisiko. Jika Iran tumbang, Rusia tidak lagi akan mempunyai kemudahan pelabuhan rantau ini.

Mengapa Rusia akan perlu mempunyai sebuah pelabuhan di rantau ini apabila ia adalah jauh dari Rusia? Adanya pelabuhan tersebut itu akan memastikan laluan selamat untuk tentera Rusia sekiranya mereka perlu dikerahkan ke Timur Jauh Rusia, khususnya Sakhalin.

Terletak berhampiran Jepun, ia telah ditawan oleh Rusia semasa penghujung Perang Dunia 2 dari Jepun. Jepun masih menuntut kedaulatan ke atas pulau itu, tetapi pegangan dan pengaruh Rusia ke atas pulau itu telah menjadi kukuh.

Namun, Rusia masih merasai penghinaan tewasnya armada Tentera Laut Rusia di tangan armada Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1905 di Pertempuran Tsushima, di mana Tentera Laut Imperial Jepun telah mengalahkan kumpulan penggempur Tentera Laut Rusia, dengan 21 daripada 38 kapal tentera laut Rusia tenggelam.

Untuk armada Tentera Laut Rusia belayar ke Timur Jauh untuk menyokong kempen mereka di sana, mereka terpaksa menggunakan laluan yang lebih panjang melalui Cape of Good Hope, dan ini telah menjatuhkan moral mereka, yang seterusnya menyumbang kepada kekalahan mereka.

akan bersambung...

No comments:

Post a Comment