Friday, November 17, 2017

Peruntukan Pertahanan 2018 - Mangsa Mainan Politik Keji

Tahun lepas, YB DAP Kampar, Dr. Ko Chung Sen lah yang mempolitikkan peruntukan pertahanan, dengan mengatakan bahawa perbelanjaan pertahanan adalah membazir.  Tahun ini, giliran YB DAP Klang, Charles Santiago yang mengusulkan untuk memotong peruntukan pertahanan untuk dialihkan kepada peruntukan kesihatan. 
YB DAP Kampar - Dr. Ko Chung Sen


YB DAP Klang - Charles Santiago

Saya tidak faham apa yang ahli Parlimen DAP tidak suka mengenai perbelanjaan pertahanan.  Adakah kerana pegangan politik haluan kiri mereka?  Atau terdapat udang di sebalik batu yang lain?

Antara Yang Terendah di Dunia
Walaupun perbelanjaan pertahanan adalah dalam lingkungan bilion, perbelanjaan pertahanan Malaysia merupakan antara yang terendah di seluruh dunia.

Peruntukan Pertahanan ASEAN - pelbagai sumber

Di rantau Asia Tenggara, kita berada di kedudukan ke-empat tertinggi.  Untuk peruntukan 2018, peruntukan tahun ini adalah setara dengan 1.28% nilai KDNK 2016.  Ini adalah jauh kurang berbanding apa yang jiran kita, Singapura belanjakan, dan jauh lebih rendah daripada apa yang NATO usulkan kepada semua ahli mereka.  NATO mengusulkan kepada semua ahli NATO untuk membelanjakan 2% daripada KDNK negara ahli untuk perbelanjaan pertahanan, dan turut mengambil langkah menegur negara ahli yang tidak dapat mencapai nilai ini.

Peruntukan Pertahanan ASEAN

Tiada Perang Tiada Peruntukan?
Seperti biasa, perbelanjaan pertahanan dikatakan sebagai tidak penting kerana tidak ada perang.

Itulah yang berlaku kepada Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Korea.  Sebelum kedua-dua perang tersebut, tentera Amerika Syarikat sedang mengecilkan kekuatan tentera mereka.

Perkara sama berlaku kepada Britain.  Mereka sedang mengecilkan pasukan tentera mereka semasa Argentina menawan kepulauan Falklands, mengakibatkan tercetusnya Perang Falkland.

Mari kita lihat contoh kita sendiri.

Pada tahun 2010, Kerajaan hanya berupaya membelanjakan USD3.58 bilion (1.77% daripada KDNK 2009) untuk sektor pertahanan.  Ini merupakan pengurangan USD519.2 juta berbanding perbelanjaan 2009.  Ini menyebabkan pemotongan perbelanjaan serius dalam sektor ketenteraan, termasuk menutup operasi risikan medan yang penting.  3 tahun kemudian, lebih 200 orang pengganas asing menceroboh Lahad Datu dan Semporna, mengakibatkan krisis keselamatan paling teruk terhadap Malaysia semenjak 1965.

Bahaya Kepada Nyawa
Pengurangan perbelanjaan pertahanan juga membahayakan nyawa pegawai dan anggota tentera.  Jun tahun ini, sebuah pesawat Hawk 108 terhempas, mengakibatkan kematian 2 orang juruterbang.  Laporan Lembaga Penyiasatan telah diumumkan baru-baru ini, mengesahkan bahawa pesawat tersebut terhempas akibat masalah teknikal pesawat tersebut. Dengan program MRCA ditunda, ini bermakna pengganti Hawk juga perlu ditunda.
Mejar Yasmi Mohd Yusof (call sign Caser), 39, dan Mejar Mohd Hasri Safari (call sign Fixer), 31
BAe Hawk 108 adalah variasi pesawat 2-tempat duduk
Kematian Mejar Kayamboo tahun lepas. Adakah kita ingin lihat perwira negara kita sebegini?

Faedah Bersama
Usul terhadap perbelanjaan ketenteraan sering kali tidak mengambil kira bahawa keselamatan negara adalah teramat penting.  Ramai tidak menyedari bahawa mereka boleh tidur nyenyak di malam hari kerana perajurit dan pranita negara mempertaruhkan nyawa mereka sebagai ganti kepada kedaulatan negara ini setiap masa.

Ini termasuk ramai ahli politik, yang boleh lupa, ataupun lupa dengan sengaja apabila saudara mereka sendiri merana di tangan pengganas ataupun lanun.  Sebagai contoh, 4 warga Malaysia yang diculik oleh Kumpulan Abu Sayyaf dari perairan Filipina merupakan saudara kepada YB Alice Ling, Ahli Parlimen DAP bagi Lanang.

Mangsa culik Abu Sayyaf.  Mereka saudara kepada seorang ahli politik DAP dari Sibu

Perbelanjaan pertahanan Malaysia juga bukan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan ketenteraan.  Salah satu fungsi utama Angkatan Tentera Malaysia adalah dalam tugasan Bantuan Kemanusiaan dan Operasi Menyelamat Bencana.  Baru-baru ini, angkatan tentera telah dikerah membantu operasi menyelamat banjir di seluruh negara, dengan bilangan agak besar dikerah ke Pulau Pinang, sebuah negeri di mana Ketua Menterinya adalah dari DAP.




Jika ini adalah langkah yang dipilih oleh DAP untuk mempolitikkan perbelanjaan pertahanan, memilih untuk mengatakan bahawa perbelanjaan pertahanan tidak berfaedah untuk negara, memilih untuk mengatakan bahawa perbelanjaan keselamatan tidak penting, maka mereka boleh lupakan untuk memenangi Putrajaya.


Sumber untuk Peruntukan (sila kelik untuk ke pautan)




  1. Malaysia.
  2. Indonesia.
  3. Singapura.
  4. Thailand.
  5. Vietnam.
  6. Filipina

No comments:

Post a Comment