Wednesday, December 4, 2019

M&M

Sudah tentu ramai yang mengenali coklat M&M yang membawa slogan "the milk chocolate that melts in your mouth, not in your hands," yang membawa maksud, "coklat tenusu yang cair dalam mulut anda, dan bukannya di tangan anda". Coklat yang berwarna-warni dan amat diminati kanak-kanak ini sudah tentu mudah sekali dijumpai di rak-rak makanan ringan di kedai runcit dan pasar raya.

Tetapi, tahukah anda bahawa coklat M&M pada asalnya merupakan dicipta sebagai makanan khusus untuk rangsum medan tentera? 

Pada tahun 1941, Amerika Syarikat memerlukan makanan berkalori tinggi untuk kegunaan pasukan tentera mereka.  Salah satu bahan yang dikenalpasti adalah coklat. 


Tetapi coklat bar biasanya amat mudah cair, khususnya jika anggota itu ditempatkan di kawasan berkelembapan tinggi, seperti di Filipina.  

Persoalan ini diselesaikan apabila syarikat M&M mencipta lapisan gula keras yang digunakan untuk menyelaputi coklat M&M.  Hasilnya, coklat M&M dibekalkan kepada askar Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada rangsum medan.

Tamat perang menyaksikan permintaan tinggi dari veteran perang AS akan coklat tersebut dan ini membuka peluang perniagaan kepada syarikat pengeluar M&M.
Untuk bacaan lanjut, anda boleh baca di pautan ini.

No comments:

Post a Comment