Search This Blog

Wednesday, January 31, 2018

Cost of Air Travel - Dilemma between Social Responsibility against Corporate Stakeholders

In half a month from now, we will be celebrating Chinese New Year. While it is supposed to be a season for merry making and joy, for many Chinese Malaysians coming from Sibu and the surrounding towns, this is also a dreaded season of money outflow. The chief reason is to this is the price of flight tickets to and from Sibu.

Sunday, January 28, 2018

Profesion Perguruan - Pembaharuan Drastik Amat Diperlukan

Beberapa hari yang lepas, tersebar di media sosial satu rakaman video seorang guru wanita berketurunan Cina yang telah mengamuk ketika mesyuarat guru di sebuah sekolah rendah yang tidak dinamakan. Kejadian ini yang berlaku tidak lama selepas dua orang guru wanita sekolah rendah telah membunuh diri dalam kejadian berbeza, serta dua orang guru lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan anak murid mereka.

Friday, January 26, 2018

Night Market - Faces of Malaysia

The clearing night sky signalled the coast was clear. As my mother-in-law and sister-in-law prepared to join me in our weekly trail, a voice called out from our home, asking for some hot soybean curdling.

Sunday, January 14, 2018

Thursday, January 11, 2018

Polemik Gaji Minima

Begitu mudah menabur janji, sekadar memetik perkataan dari udara, maka terhasillah janji bagi golongan pekerja untuk diberikan gaji minima RM2,500.  Apakah nilai gaji minima ini sesuatu yang boleh dicapai secara mampan?  Atau sekadar janji-janji yang bakal menghiasi manifesto-manifesto yang mana pernah diungkapkan kata-kata, manifesto itu hanya janji yang tidak perlu dikota?

Sebelum kita bergelumang sama dalam lumpur yang menghitamkan hati lebih hitam daripada permata hitam, ada baiknya kita memahami terlebih dahulu polemik gaji minima.

Gaji minima merupakan antara intipati perjuangan parti-parti politik haluan kiri, terutamanya yang bertitik di atas perjuangan golongan pekerja, golongan proletariat, dan golongan petani.  Dari Parti Buruh sehinggalah ke hari ini di bawah Parti Sosialis Malaysia, tidak lari daripada pegangan mereka.

Gaji minima tidak mendapat tempat di kalangan pemerintah awal kerana para pendukung gaji minima berhaluan kiri dan dikhuatiri terlalu rapat dengan gerakan bawah tanah yang berhubung dengan parti komunis. 

Letaknya senjata oleh komunis kekal menyaksikan permintaan gaji minima oleh golongan haluan kiri ini masih tidak diendah oleh mantan Perdana Menteri ketika itu yang melihat kos pengeluaran perindustrian sebagai kekuatan kepada ekonomi negara.

Kerusi pemimpin berganti orangnya, maka kerajaan pada 2011 setuju untuk melaksanakan gaji minima.  Gaji minima ditetapkan pada RM900 dan RM800, walaupun yang diminta oleh para aktivis adalah RM1,500.

Apa saja yang boleh dibeli dengan RM900 dan RM800 hari ini, semestinya bentak hati naluri kita.  Tetapi nilai-nilai ini dipetik oleh kerajaan dengan kerjasama dengan Bank Dunia. Dengan Bank Dunia ya, bukannya dipetik dibungkus dari ruang udara bumi yang pernah bergelar Survanabhumi ini.

Ini tidak.  Sekejap RM1,500 dipinta. Sekejap RM2,500 dipinta.  Dua kali, tiga kali nilai dipinta. Tetapi kengokan ini tidak terfikir pula gaji lain yang sebelum ini bukan berstatuskan gaji minima. 

Bayangkan dunia di mana gaji cikgu baru setaraf gaji operator kilang hanya kerana gaji minimum.  Siapa lagi nak menjadi cikgu selepas ini?

Pernah si penjanji membuka lampiran demi lampiran karya Joseph Sabia?  Pernah si penjanji kaji laporan International Labour Organisation?  Atau sekadar tahap piu piu piu angin bertiup jadi RM2,500?

Jangan dilupa jika gaji minima dinaikkan ke RM2,500, maka segala bantuan dan perlindungan kepada golongan pekerja ini sudah tidak lagi berada di bawah Akta Pekerjaan, yang mentakrifkan pekerja sebagai bergaji RM2,500 dan ke bawah.  Maka hilanglah kelayakan kepada upah lebih masa 1.5 upah biasa.

Berhati-hatilah, jangan sampai manifesto itu cuma janji kosong, dan rakyat marhaen diperkotak-katikkan hanya untuk mendapat peluang memanaskan kerusi empuk penuh berduri di Putrajaya.

Sampai di sini sahajalah mata pena berbentuk papan kekunci hari ini.  Moga hati kita terbuka kepada bacaan dan membuka minda kepada bacaan lebih mendalam, dan bukannya bagi lalakan terhadap si bulan mengambang.

Saturday, January 6, 2018

Records of a Traveller

As one grows older, he or she may have the urge to pen down his or her thoughts.  And that is exactly what I am going to do now. 

The recent trip back to my hometown in Sarawak has brought a plethora of opportunities for me to explore my home state.  While I did travelled quite a bit when I was a young boy, some of those journeys were travelled by myself, or I was too young to appreciate what I was experiencing.