Search This Blog

Thursday, May 24, 2018

APMM ke KDN

Semalam diberitakan bahawa APMM akan dipindahkan ke bawah Kementerian Dalam Negeri. Suatu langkah yang amat berpatutan sebagai agensi penguatkuasaan berstatus awam untuk diletakkan di situ.

Mungkin ada pembaca yang merasakan kenapa negara memerlukan APMM sebagai penguatkuasa maritim negara, sedangkan tugasan ini suatu ketika dahulu amat lancar dilaksanakan di bawah TLDM dan Polis Marin.

Hakikatnya, penubuhan agensi ini sebenarnya mempunyai 2 motif.

Pertama adalah untuk menyelaras dan menyatukan pelbagai agensi yang melaksanakan undang-undang maritim ketika itu. Berlaku banyak pertindihan kuasa sehinggakan menyukarkan perlaksanaan undang-undang.

Walaupun agensi ini sudah ditubuhkan, sehingga ke hari ini masih berlaku sedikit sebanyak pertindihan kuasa. Namun sudah amat kurang berbanding ketika mula-mula dahulu.

Kedua adalah kerana keperluan negara untuk memiliki sebuah agensi pengawalan pantai. Penubuhan agensi ini akan membebaskan TLDM daripada tugasan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang maritim dan boleh memfokuskan terhadap tugas pengawalan keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Namun begitu, objektif ini mengalami twist tersendiri menjelang 2010 sehingga ke hari ini, akibat permainan geopolitik antarabangsa. Dalam usaha China untuk mengelakkan ancaman daripada Amerika Syarikat beserta sekutu mereka, China telah melancarkan persempadanan maritim yang dikenali sebagai 9-garisan-maritim atau dalam Bahasa Inggerisnya, 9-dash-line.

9-dash-line ini secara tidak langsung bertindih dengan sempadan negara dan kawasan EEZ. Akibatnya, menjadikan rantau Spratly ini suatu kawasan panas yang boleh mencetuskan perang antara dua kuasa besar tersebut.

Bagi permainan psikologi, China telah memperkasakan dan menugaskan tugas kawalan maritim kepada China Coast Guard sehingga memasuki kawasan pertindihan. Mana-mana negara yang menggunakan tentera laut untuk berdepan dengan CCG berhadapan dengan kemungkinan tercetusnya pertelagahan.

Sekiranya tentera laut sesebuah negara bertindak ke atas pencerobohan oleh CCG, media besar berkemungkinan akan melaporkan bahawa sebuah kapal tentera laut negara A telah mengasari sebuah kapal awam milik kerajaan China. Di pandangan orang awam, terutamanya di media China yang terkawal oleh kerajaan mereka, ini adalah suatu cabaran kepada kedaulatan mereka apabila sebuah kapal awam telah dibuli oleh kapal tentera laut negara lain.

Begitu juga pandangan sama akan dimiliki orang awam negara lain. Kerana pada pandangan mereka, sebuah kapal tentera laut tentunya besar dan bersenjata ampuh seperti kelas pemusnah dan sebagainya, sedangkan kapal Coast Guard paling mungkin bersaiz korvet. Walaupun hakikatnya dalam kes ini adalah berbeza.

Polisi China ini yang bergelar White Hull Navy policy adalah antara permainan kuasa dan persepsi geopolitik yang paling bijak dilaksanakan oleh China.

Berbeza apabila sebuah kapal APMM berdepan dengan sebuah kapal CCG. Kapal APMM akan berdepan dengan disokong oleh kapal TLDM. Dengan cara ini, masing-masing memahami bahawa kita tak nak berlaku pemanasan situasi sehingga berlaku pertelingkahan terbuka.

Diharapkan dengan pemindahan APMM ke bawah Kementerian Dalam Negeri akan menyaksikan pemerkasaan APMM dalam keupayaan dan keampuhannya.

Friday, May 18, 2018

No Half-Cooked Analysis Please

With reference to Dr. Kua Kia Soong's letter to The Star titled  "Defence priorities in need of Mat Sabu's attention", published on Tuesday, 15 May 2018.

Thank God for the end of the GE! Life is getting back to normal and now we have a letter from SUARAM's adviser, Dr. Kua Kia Soong on tasks that the Minister of Defence would need to look at.

Saturday, May 12, 2018

A Malaysia - New Paradigm and Geopolitical Shift

So Malaysia has spoken.  The 14th General Election had more twists and turns that uncertainty had reigned for about 2 days.  After all the smokes and screens that blocked our view had dissipated, we now have a new government and a new (old?) Prime Minister.  Tun Dr Mahathir Mohamad, the 4th Prime Minister had successfully made his return to be the 7th Prime Minister.