Search This Blog

Wednesday, July 31, 2019

Salam Hari Pahlawan 2019

Di kala kita mengecapi keamanan, jangan lupa datangnya keamanan bukan dari ahli politik, tetapi daripada perwira-perwira. Jangan lupa akan mereka yang tidak kembali ke pangkuan keluarga mereka selama-lamanya.

Meninggalkan ayah, meninggalkan ibu, meninggalkan isteri, meninggalkan suami, meninggalkan anak-anak.

Si bapa kehilangan anak, si ibu kehilangan anak, si isteri kehilangan suami, si suami kehilangan isteri, si anak kehilangan bapa atau ibu, bukan sahaja demi negara tetapi juga untuk orang lain tidak melalui apa yang mereka lalui.

Nama mereka mungkin hilang ditelan zaman, tetapi adalah tanggungjawab kita mengingati mereka.

Berehatlah wahai perwira. Perjuanganmu direstui, pemergianmu direstui, biar yang hidup mengambil tempatmu dalam perjuangan.

KIA Kampung Siminuljaya, Semporna.

Balu arwah Supt Ibrahim Lebar, Pn Rosiah Dahlan.

Kpl Azrul Tukiran

Kpl Azrul Tukiran dalam pakaian seragam PGA

Ibu bapa arwah Kpl Azrul Tukiran. En Wak Tukiran juga veteran Rejimen Renjer yang pernah bertugas di Sarawak.

Ayah arwah Prebet Ahmad Farhan Ruslan semasa upacara mengingati jasa arwah dan memahat nama beliau di arca perwira RAMD di Port Dickson.

Mendiang Mejar Kayamboo

Isteri dan anak mendiangMejar Kayamboo meratapi pemergian mendiang

Seorang wira dengan anak-anaknya. Dialah ayah, dialah wira.

Caser dan Fixer, wira Lahad Datu yang terkorban apabila pesawat Hawk 108 mereka terhempas. 

Mendiang Sjn Gani anak Binjoi, KIA serangan hendap di bulatan K4, Mogadishu Somalia.

Mejar Lim Boo Seng, OCAJA, Force 136. Diseksa sehingga mati oleh Kempetai selepas dikhianati.

Tugu perwira anggota tentera Sarawak yang terkorban.

Arca perwira di Port Dickson

Perwira-perwira yang gugur dalam Ops Gubir apabila pesawat Nuri mereka ditembak jatuh pengganas komunis.
Arwah Kpl Mat Aznan Awang, SP, KIA di pertempuran Mogadishu, pada pagi 4 Okt 1993

Arwah Staff Sarjan Azman Tahir, KIA, Somalia dalam serangan di bulatan K4 bersama Sjn Gani Binjoi. Seorang lagi rakan mereka terkorban, namanya hilang ditelan zaman.

Tuesday, July 30, 2019

LMS - Beli Terus dari China

Baru-baru ini, Kementah telah mengumumkan bahawa kapal LMS atau Littoral Mission Ship yang dibuat semasa pentadbiran DS Najib Razak telah diubahsuai daripada 2 + 2 (yakni 2 dibuat di China dan 2 dibuat di Malaysia) kepada pembelian sepenuhnya daripada China. Pembelian terus daripada China ini secara langsung menyebabkan Boustead Naval Shipyard kehilangan kontrak untuk membina 2 buah kapal di limbungannya.

Sebelum kita membicarakan mengenai pengumuman tersebut, kita lihat terlebih dahulu keadaan semasa TLDM.

Wednesday, July 24, 2019

Perlantikan Pangkat Kehormat ATM - Keperluan atau Sekadar Demi Kedudukan Politik?

Hari ini (23 Julai 2019) telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Brigadier Jeneral Askar Wataniah kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Haji Adly Haji Zahari di Wisma Pertahanan. Pemakaian pangkat tersebut dilakukan sebagai memenuhi kedudukan mereka sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. Perlantikan mereka telah mendapat sokongan daripada Majlis Angkatan Tentera dan perkenan Yang DiPertuan Agong.


Saturday, July 20, 2019

Is Face App really Dangerous?

A US Senator made quite a bit of noise about the Face App, an app which change your appearance so you would look old.

Is it really dangerous? How does it affect you personally?

Quite a few websites claimed that you would lose your rights to your own image and the company can use your image for commercial purposes. Considering that you obtained and used their app for free, that is actually a good trade-off.

Monday, July 1, 2019

Teaching Conundrum

Other than military and police, another career path that have a special place in my heart is teaching. Not a surprise as I came from a family of teachers. Many in my family are teachers and according to my late Grandma, Grandpa himself descended from teachers from olden days in China.