Dengan program MRCA India telah mencapai kata putus dengan pembelian pesawat Rafale dan Indonesia memilih untuk membeli 11 buah pesawat SU-35 buatan Rusia, tumpuan kembali ke atas program MRCA Malaysia yang masih belum mencapai kata putus walaupun penilaian pesawat telah bermula semenjak 2002.
Apakah sebenarnya yang melewatkan program MRCA Malaysia? Apakah benar kerajaan Malaysia tidak mempunyai dana untuk program tersebut? Atau apakah ada faktor lain yang menyebabkan kelewatan kepada program tersebut?
Saya sendiri telah menulis mengenai program MRCA ini untuk kesekian kali. Walaupun saya beranggapan bahawa saya cukup memahami isu ini, saya bukanlah pakar dalam erti kata sebenarnya jika dibandingkan dengan sebilangan rakan-rakan saya yang lain. Malahan, menjadi rakan kepada sebilangan daripada mereka sudah cukup menjadi penghormatan bagi diri saya.
Untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang menjadi perkara pokok dalam isu program MRCA Malaysia, saya telah 'menemubual' rakan saya, Encik Shamsul Anwar Hussein mengenai program tersebut. 'Temubual' yang dibuat secara tidak terancang ini, telah diadakan secara bersantai melalui aplikasi Whatsapp. Jadi, saya berharap para pembaca boleh memahami apa yang dibincangkan sekiranya aliran perbualan seperti berterabur.
Encik Shamsul Anwar Hussein, ataupun lebih dikenali sebagai Sam Pasha Kaplan di kalangan rakan-rakannya adalah seorang pakar perunding industri aeroangkasa yang bekerja dengan agensi perunding antarabangsa Frost and Sullivans, dengan pengalaman luas lebih daripada 20 tahun dalam sektor perbankan, kewangan dan pertahanan.
Tulisan condong adalah soalan yang saya utarakan, manakala tulisan biasa adalah jawapan daripada Encik Sam. Untuk pemahaman yang lebih jelas, soalan yang ditanya dalam temubual ini adalah berdasarkan kemungkinan bahawa Kerajaan hendak menggunakan program pembelian MRCA ini untuk menghidupkan industri aeroangkasa Malaysia memandangkan pelanbiru Industri Aeorangkasa Negara telah dilancarkan oleh DS Hishammuddin sekitar 3 hingga 4 tahun lepas.
Ada tak idea mengenai keupayaan dalaman kita dan dari segi kualiti? Adakah kita berupaya memasang pesawat MRCA kita?
Kita tidak ada isu kualiti. Izinkan saya jelaskan satu per satu.
Kita tidak ada isu kualiti. Izinkan saya jelaskan satu per satu.
Kita ada ACM di Bukit Kayu Hitam dan CTRM di Melaka yang telah sekian lama menghasilkan komponen untuk syarikat terkemuka Boeing, Bombardier dan Airbus. Sementara itu, SME Aerospace telah menghasilkan pylon (tempat pemegang senjata dan bahan letupan) untuk pesawat Hawk. UMW pula ada kilang pengeluaran di Serendah menghasilkan kelongsong bagi enjin pesawat jenis Rolls Royce.
Dari segi rekacipta, Strand Aerospace yang merupakan anak syarikat MARA telah terlibat dalam merekacipta komponen untuk kegunaan Airbus, Boeing dan malahan untuk pesawat Rafale. Mereka berpusat di Damansara Perdana dan Cyberjaya serta mempunyai beberapa pejabat jualan di Eropah.
Adakah ini bermakna sekiranya kita membeli pesawat MRCA, kita boleh memasangnya di Malaysia? Adakah program MRCA ini akan menjadi pencetus kepada industri aeroangkasa kita sendiri?
Ya, kita adalah lebih daripada berupaya untuk membuat pemasangan dan pembuatan penuh dalam negara. Untuk itu, kita memerlukan kepakaran untuk mengintegrasikan sistem. CTRM - SI mempunyai infrastruktur ini di Subang dan Melaka yang boleh melakukan ini.
Ya, kita adalah lebih daripada berupaya untuk membuat pemasangan dan pembuatan penuh dalam negara. Untuk itu, kita memerlukan kepakaran untuk mengintegrasikan sistem. CTRM - SI mempunyai infrastruktur ini di Subang dan Melaka yang boleh melakukan ini.
Tetapi semua ini nampak berbeza sekira kita melihat dari segi kewangan. Kos pelaburan awal adalam amat tinggi. Ini akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita dapat menjanakan pulangan kepada pelaburan asal. Ini amat bergantung kepada pulangan sampingan yang ditawarkan oleh pengeluar dan ini pula bergantung kepada bilangan pesawat yang kita sanggup beli.
Apakah terdapat kemungkinan bahawa kita dapat memujuk pengeluar untuk membuka kilang pemasangan di Malaysia? Untuk mempercepatkan keupayaan mereka mencapai bilangan pengeluaran mereka?
Hanya jika pengeluar secara tiba-tiba membuat keputusan untuk memindahkan keseluruhan keupayaan pembinaan mereka ke Malaysia.
Hanya jika pengeluar secara tiba-tiba membuat keputusan untuk memindahkan keseluruhan keupayaan pembinaan mereka ke Malaysia.
Adakah ianya memberi pulangan nilai kepada pengeluar untuk memindahkan pengeluaran mereka ke Malaysia? Saya rasa ianya hanya boleh dicapai sekiranya kita membeli bilangan pesawat yang munasabah.
Anda perlu faham mengenai pengeluar-pengeluar ini.
Anda perlu faham mengenai pengeluar-pengeluar ini.
Adalah lebih mudah untuk berunding dengan D'Assault Aviation kerana mereka sendiri sahaja yang mengeluarkan pesawat Rafale. Dari segi pandangan komersial dan perniagaan, adalah lebih mudah untuk berunding dengan satu pihak sahaja.
Sekarang, kita lihat pada Typhoon. UK adalah amat serius dalam usaha mereka untuk menjalinkan semula hubungan dengan Malaysia. Pesawat Typhoon itu sendiri dibina oleh 4 buat negara berbeza. Anda akan terkejut kerana dari segi pengalaman, adalah lebih mudah untuk mendapat pulangan dalam perundingan dengan entiti yang mempunyai banyak rakan. Apa yang kita tidak dapat daripada Jerman, kita boleh cuba minta dengan Sepanyol, UK dan Itali. Lebih banyak pulangan sampingan. Bayangkan anda sebagai seorang kanak-kanak. Apa yang anda tidak dapat daripada Papa, anda akan cuba minta dengan Mama.
Dari segi kualiti, anda tidak boleh bandingkan berdasarkan kualiti Rafale sahaja. Typhoon juga sedang melalui proses evolusi yang besar sekarang. Lihatlah pandangan besar ini. Pulangan sampingan yang kita boleh peroleh daripada projek ini adalah amat besar dan luas kerana ianya boleh jadi dalam bentuk pindahan teknologi di dalam pelbagai sektor.
Seperkara lagi adalah kos keseluruhan kitarhayat. Kos pembelian awalan boleh jadi sekitar 20% hingga 40% jumlah kos kitarhayat.
Seterusnya, pakej pembiayaan. Siapakah yang boleh memberi kita pembiayaan terbaik ataupun yang paling ringan dari segi bebanannya?
Kita perlu mengkaji keseluruhan pulangan sampingan yang ditawarkan oleh setiap pengeluar. Sebagai contoh, pembukaan syarikat aeroangkasa yang membuat rekacipta, pengeluaran, pemasangan, MRO (Maintenance, Repair and Overhaul ataupun Penyelengaraan, Pembaikan dan Pembaikpulihan), integrasi sistem, sistem penerbangan (latihan, simulator dan sebagainya). Ini akan membawa kepada kerja baru dihasilkan. Inilah apa yang kita kena lihat, pulangan sampingan yang ditawarkan.
Dan ya, dalam hal ini, Amerika Syarikat juga sedang mengembangkan tapaknya di Malaysia melalui Spirit Aerospace di Subang yang membuat komponen bagi Boeing, syarikat Honeywell dan juga General Electrics. Dalam hal ini, BAe dengan Typhoon dan Gripen di hadapan.
Bukan Rafale?
Bayangkan apa yang kita boleh peroeh daripada UK, Sepanyol, Itali dan Jerman secara keseluruhannya. Kadang kala, pulangan sampingan boleh jadi tidak berkaitan dengan aero-angkasa.
Bayangkan apa yang kita boleh peroeh daripada UK, Sepanyol, Itali dan Jerman secara keseluruhannya. Kadang kala, pulangan sampingan boleh jadi tidak berkaitan dengan aero-angkasa.
Sebagai contoh, Itali mungkin hendak membuka kilang pemasangan bagi kenderaan Fiat/Chrysler di Malaysia kerana kita memiliki tapak bagi industri automotif yang kuat dalam rantau ini.
Begitu juga dengan pengaruh geopolitik. Terdapat persepsi bahawa Perancis tidak bersungguh-sungguh membantu Malaysia berbanding UK dalam krisis MH370. UK sanggup menghantar kapal selam berkuasa nuklearnya untuk membantu dalam pencarian pesawat yang hilang tersebut. Seperkara lagi apabila kita membincangkan mengenai geopolitik adalah penglibatan Rusia. Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berharapkan Kerajaan akan menambahkan bilangan pesawat buatan Rusia SU30, takpun SU35. Tetapi hakikatnya adalah selepas tragedi MH17, ini bukanlah suatu yang mudah lagi. Apatah lagi tidak ada bantuan daripada Rusia dalam hal ini.
Oleh itu, kesemua ini adalah bergantung kepada syarikat mana yang mendapat sokongan paling kukuh daripada negara asal mereka dan disokong oleh program pulangan sampingan yang terbaik untuk membantu meningkatkan program aeroangkasa dan bukan aeroangkasa kita sendiri. Kita ada perikanan, perlombongan, pertanian, perbankan dan kewangan, elektronik, automotif, tekstil, perkayuan, petrokimia, mesin, pengangkutan, kimia, senarainya amat panjang.
Kita boleh peroleh lebih banyak daripada empat negara ini berbanding hanya satu negara sahaja.
Dan berdasarkan penilaian ancaman semasa, adakah kita akan berperang tidak lama lagi?
Program pembelian MRCA bukan sahaja berada di bawah penilaian Kementerian Pertahanan. Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan kesemuanya terlibat secara langsung.
Malaysia Airlines hari ini cuma terbang ke London. Ya, mereka juga perlu terbang ke Paris juga, tetapi begitu juga terdapat laluan yang amat menguntungkan ke Rome, Frankfurt, Munich, Madrid, Barcelona dan Stockholm (kumpulan BAe yang mengeluarkan kedua-dua Typhoon dan Gripen) yang perlu dipertimbangkan. Jadi, negara manakah yang memberi bilangan dari segi hak pendaratan di negara mereka untuk MAS mengibarkan bendera Malaysia ke seluruh dunia sambil membuat wang yang banyak sambil membawa penumpang-penumpang ke seluruh dunia? Keuntungan meningkat untuk MAS bermakna cukai pendapatan meningkat untuk Malaysia.
Sekarang, kita lihat balik pada Perancis. Mereka sudahpun merupakan pembekal utama kepada Angkatan Tentera Malaysia. Adakah kita boleh terlalu bergantung kepada Perancis? Jawapannya adalah boleh sekiranya kita hendak memudahkan saluran logistik kita. Tetapi pada masa yang sama, adakah betul untuk kita meletakkan kesemua telur kita dalam bakul yang sama?
Jadi kenapa para pengeluar ini masih cuba mendapatkan kontrak pembekalan MRCA Malaysia? Apa yang menjadi pulangan kepada mereka selain daripada kontrak tersebut?
Jika anda perhatikan secara teliti, Mexico sekarang adalah antara pengeluar utama industri aeroangkasa di dunia. Sudah tentu, sebagai sebuah negara yang berhampiran dengan Amerika Syarikat dan Kanada membantu. Mereka mendapat pelbagai kontrak pembekalan dari AS dan Kanada (Boeing dan Bombardier).
Jika anda perhatikan secara teliti, Mexico sekarang adalah antara pengeluar utama industri aeroangkasa di dunia. Sudah tentu, sebagai sebuah negara yang berhampiran dengan Amerika Syarikat dan Kanada membantu. Mereka mendapat pelbagai kontrak pembekalan dari AS dan Kanada (Boeing dan Bombardier).
Jika dilihat dengan lebih dekat, Kedua-dua Malaysia dan Mexico berkongsikan DNA yang sama. Kedua-dua negara mempunyai industri eletronik dan automotif yang telah melibatkan diri dalam industri aeroangkasa membina komponen untuk rangka pesawat, enjin, dan sistem penerbangan.
Negara luar perasan dan tahu mengenai ini dan sedang meneliti keupayaan kita dan potensi kita. Itulah sebab kita mendapat banyak penawaran.
Dan dari segi geografi, kita adalah bersesuaian untuk menampung permintaan pasaran di Eropah sepertimana Mexico menampung permintaan daripada Amerika Utara. Ini maklumat yang amat bernilai untuk difahami. Adakah anda fikir Tentera Udara akan memperoleh bilangan token pesawat MRCA yang akan disokong dengan pesawat Tier 2, sebagaiman pesawat Hornet disokong oleh pesawat MiG29?
Ramai orang tidak menyedari bahawa di ASEAN, hanya terdapat dua buah negara sahaja yang mendapat pengiktirafan A daripada Fitch; Singapura dan Malaysia. Dan jika diambil kira dari segi negara pengeluar MRCA, negara Eropah seperti Sepanyol dan Rusia sendiri hanya bertaraf B sahaja.
Ramai orang tidak menyedari bahawa di ASEAN, hanya terdapat dua buah negara sahaja yang mendapat pengiktirafan A daripada Fitch; Singapura dan Malaysia. Dan jika diambil kira dari segi negara pengeluar MRCA, negara Eropah seperti Sepanyol dan Rusia sendiri hanya bertaraf B sahaja.
Oleh itu, kita lebih daripada berupaya untuk memiliki sebuah tentera udara yang ampuh dengan pesawat MRCA yang terbaik. Inilah apa yang dikehendaki oleh Tentera Udara. Bukan pesawat Tier 2. Mereka berkehendakkan yang terbaik.
Adakah Tentera Udara boleh menerima kurang daripada 1 skuadron?
Sekiranya anda mengikuti perkembangan MRCA daripada awal, ada disebut bahawa keperluan MRCA kita adalah antara 22 sehingga ke 44 buah pesawat. Perancang pertahanan kita telah membuat keputusan bahawa kita memerlukan sebanyak 6 skuadron udara, dengan skuadron ke-5 atau ke-6 perlu ditubuhkan sekitar 2030.
Sekiranya anda mengikuti perkembangan MRCA daripada awal, ada disebut bahawa keperluan MRCA kita adalah antara 22 sehingga ke 44 buah pesawat. Perancang pertahanan kita telah membuat keputusan bahawa kita memerlukan sebanyak 6 skuadron udara, dengan skuadron ke-5 atau ke-6 perlu ditubuhkan sekitar 2030.
Adakah ini bermakna kita masih cuba memperoleh minimum 22 buah pesawat dan bukannya 8 seperti mana yang digembar-gemburkan?
Pesawat MRCA boleh dibeli dalam kumpulan 8 buah pesawat dan diikuti oleh kumpulan 8 buah pesawat lain.
Pesawat MRCA boleh dibeli dalam kumpulan 8 buah pesawat dan diikuti oleh kumpulan 8 buah pesawat lain.
Jadi, dalam jangkamasa pendek, mungkin hanya 8 buah pesawat sahaja, tetapi dalam jangka masa panjang akan dipenuhi? Saya terlupa bahawa kita bukan lagi dalam era pengaruh Tun Mahathir yang lebih suka membeli pada bilangan pesawat tempur pada bilangan yang kecil.
Ya, Tun M telah mengkucar-kacirkan keadaan ketika itu.
Ya, Tun M telah mengkucar-kacirkan keadaan ketika itu.
Sekali lagi, untuk mengilustrasikan bahawa Tentera Udara hanya berkehendakkan yang terbaik. Tentera Udara telah mengkaji sekiranya mereka memperoleh pesawat Hornet yang telah digunakan negara lain. Tetapi mereka berpendapat bahawa pesawat tersebut bakal ketinggalan zaman dan tidak dapat lagi dimajukan kerana telah mencapai penghujung keupayaan tekonologi serta tidak lagi akan dikilangkan. Andaikan sekiranya kita jadi membeli X (dipadamkan) unit pesawat Hornet, secara keseluruhan kita akan memiliki X+8 pesawat Hornet. Namun begitu, apabila X unit sampai ke Malaysia, 8 buah pesawat Hornet sedia ada akan sudah mencapai jumlah masa penerbangan maksimum dan sudah tidak sesuai lagi untuk penerbangan. Kita akan kembali ke kotak asal dengan hanya X bilangan pesawat.
Ditambahkan lagi, dalam 10 tahun pertama pengoperasian Hornet, Amerika Syarikat telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas senjata dan peralatan untuk kegunaan TUDM. Kita sudah serik.
Sekiranya kita melihat jiran kita, untuk memiliki pesawat 2 tier adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Kita sudah menghadapi cukup banyak masalah dalam hal ini dalam bentuk Hawk 108, 208, dan Macchi 339. Kita perlu ambil contoh Singapura dalam memilih hanya mengunakan F35, F15 dan F16. Kita perlu akui sepanjang kewujudan mereka, Singapura adalah batu aras terbaik dalam cara-cara untuk membina tentera udara yang mampan.
Kita boleh mensasarkan untuk 18 Sukhoi untuk digunakan bersama dengan 36 Typhoon dengan pesanan tambahan atau 18 Sukhoi dengan 36 Rafale dengan pesanan tambahan. Ini seboleh-bolehnya disokong dengan sebanyak 24 buah Aermacchi 346 sebagai pesawat LIFT (Lead In Fighter Trainer - Pesawat Latihan untuk Peralihan Kepada Pejuang). Kita sepatutnya merancang untuk memiliki pesawat generasi ke-5 atau ke-6 sekitar tahun 2040 atau 2050.
MAS telah membeli 6 buah A380, 6 A350, 15 A330-300, 6 A330-200, dan 50 B737-800/Max. Jangan lupa, PM DS Najib juga berniat untuk mendapatkan 8 buah pesawat Boeing B787 untuk kegunaan MAS. Air Asia milik usahawan Tony Fernandez pada masa sama juga merupakan pelanggan tunggal terbesar bagi Airbus.
Jadi, apakah yang menghalang kita sebagai sebuah negara bertaraf A untuk memiliki 44 buah Typhoon atau Rafale dalam jangka masa 10 tahun?
Adakah perolehan pesawat kita dipengaruhi oleh perolehan Tentera Udara India?
Ya, kerana keperluan MRCA kita telah dihasilkan sekitar masa yang sama dengan keperluan India. India telah memilih Rafale. Tetapi disebabkan oleh jangka masa yang lebar antara program kita sehingga sehingga sekarang, keadaan telah berubah sehinggakan sebahagian keadaan pada masa dahulu sudah tidak boleh digunapakai.
Ya, kerana keperluan MRCA kita telah dihasilkan sekitar masa yang sama dengan keperluan India. India telah memilih Rafale. Tetapi disebabkan oleh jangka masa yang lebar antara program kita sehingga sehingga sekarang, keadaan telah berubah sehinggakan sebahagian keadaan pada masa dahulu sudah tidak boleh digunapakai.
3 tahun lalu, BAe tidak dapat menawarkan pakej kewangan yang cukup menarik. Juga, sekarang pesawat Tranche 3 Typhoon sudah berupaya menggunakan pelbagai jenis senjata AA (air-to-air atau udara ke udara) dan AG (air-to-ground atau udara ke darat).
[Untuk dua perenggan seterusnya, adalah anggapan yang boleh jadi berlaku sekiranya kita memilih salah satu MRCA untuk program MRCA kita]
Jerman mungkin hendak memperuntukkan lebih banyak tempat di universiti di Jerman untuk pelajar Malaysia. Perancis dan Sweden sudah berkeputusan untuk tidak menyertai boikot oleh Kesatuan Eropah ke atas minyak kelapa sawit Malaysia.
Tidak lupa juga, Sweden yang juga sebahagian daripada BAe mungkin akan menawarkan platform AEW (Airborne Early Warning atau sistem Amaran Awal di Udara) sebagai tambahan kepada MRCA sepertimana ditawarkan terdahulu. Sekiranya anda berfikir di luar kotak, apa salah sekiranya campurkan keperluan tersebut? Dengan menggabungkan Typhoon dan Erieye. BAe tetap menang mana-mana satu dipilih dan ini juga suatu kemenangan bagi Malaysia.
Di sebalik semua ini, walaupun kita tidak akan memilih peralatan daripada Amerika Syarikat, mereka masih juga mempunyai rancangan besar di Malaysia. Selain Spirit Aero, Honeywell dan General Electrics (GE) juga ada perancangan besar untuk Malaysia. Dengan melihat gambaran keseluruhan, adalah mudah untuk faham kenapa para pemain utama dalam program MRCA tidak akan mudah berputus asa untuk mendapatkan kontrak pembekalan MRCA Malaysia walaupun keputusan pemilihan tersebut sudah lama tertunggak. Dan ini boleh diatur untuk faedah Malaysia.
Sekarang, MIGHT, MITI, dan Matrade juga terlibat dalam program MRCA secara langsung dan tidak langsung dari segi perancangan dan pelaksanaan.
Amat banyak faktor yang perlu diambilkira, persoalan untuk ditanya dan pulangan sampingan untuk dikaji.
Perbualan di atas mula bergerak ke perkara lain kerana kami adalah kawan. Lebih tepat, Sam adalah lebih kepada seorang mentor kepada sama dalam hal-ehwal pertahanan dan juga ekonomi.
Kesimpulannya, isu MRCA bukanlah sekadar mengenai bola siapa (pesawat MRCA yang bakal dipilih) yang lebih besar, tetapi juga bola siapa yang akan memberi pulangan (pulangan sampingan) lebih besar.
Untuk membaca rencana ini dalam Bahasa Inggeris, sila tekan pautan ini.
MRCA - The Big Picture
No comments:
Post a Comment