Di kala kita mengecapi keamanan, jangan lupa datangnya keamanan bukan dari ahli politik, tetapi daripada perwira-perwira. Jangan lupa akan mereka yang tidak kembali ke pangkuan keluarga mereka selama-lamanya.
Meninggalkan ayah, meninggalkan ibu, meninggalkan isteri, meninggalkan suami, meninggalkan anak-anak.
Si bapa kehilangan anak, si ibu kehilangan anak, si isteri kehilangan suami, si suami kehilangan isteri, si anak kehilangan bapa atau ibu, bukan sahaja demi negara tetapi juga untuk orang lain tidak melalui apa yang mereka lalui.
Nama mereka mungkin hilang ditelan zaman, tetapi adalah tanggungjawab kita mengingati mereka.
Berehatlah wahai perwira. Perjuanganmu direstui, pemergianmu direstui, biar yang hidup mengambil tempatmu dalam perjuangan.
|
KIA Kampung Siminuljaya, Semporna. |
Balu arwah Supt Ibrahim Lebar, Pn Rosiah Dahlan.
|
Kpl Azrul Tukiran |
|
Kpl Azrul Tukiran dalam pakaian seragam PGA |
|
Ibu bapa arwah Kpl Azrul Tukiran. En Wak Tukiran juga veteran Rejimen Renjer yang pernah bertugas di Sarawak. |
|
Ayah arwah Prebet Ahmad Farhan Ruslan semasa upacara mengingati jasa arwah dan memahat nama beliau di arca perwira RAMD di Port Dickson. |
|
Mendiang Mejar Kayamboo |
|
Isteri dan anak mendiangMejar Kayamboo meratapi pemergian mendiang |
|
Seorang wira dengan anak-anaknya. Dialah ayah, dialah wira. |
|
Caser dan Fixer, wira Lahad Datu yang terkorban apabila pesawat Hawk 108 mereka terhempas. |
|
Mendiang Sjn Gani anak Binjoi, KIA serangan hendap di bulatan K4, Mogadishu Somalia. |
|
Mejar Lim Boo Seng, OCAJA, Force 136. Diseksa sehingga mati oleh Kempetai selepas dikhianati. |
|
Tugu perwira anggota tentera Sarawak yang terkorban. |
|
Arca perwira di Port Dickson |
|
Perwira-perwira yang gugur dalam Ops Gubir apabila pesawat Nuri mereka ditembak jatuh pengganas komunis. |
|
Arwah Kpl Mat Aznan Awang, SP, KIA di pertempuran Mogadishu, pada pagi 4 Okt 1993 |
|
Arwah Staff Sarjan Azman Tahir, KIA, Somalia dalam serangan di bulatan K4 bersama Sjn Gani Binjoi. Seorang lagi rakan mereka terkorban, namanya hilang ditelan zaman. |