This is written by my friend, Rafe Rahmat of Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM). He has his own blog, Konflik & Sejarah Militer. It is a recommended read. For this article, I have compiled all 3 articles into one single source for future reference and reading.
Baru-baru ni dah banyak balik status fb yang simpati dengan pembantaian etnik minoriti Rohigya di Myanmar. Sebelum kita pergi jauh nak komited ambik pelarian Rohigya ini, mari kita baca-baca sikit apa sebenarnya masalah Myanmar ni.
Semenjak Burma merdeka, telah banyak puak-puak disana menuntut kemerdekaan utk wilayah masing2. Korang jgn cakap dorg ni bengong pulak. Negara Myanmar tu besar, mcm2 etnik ada. Kita kat semenanjung ni brp byk raja ada...ahh mcm tu jugaklah dorg. Masing2 nak tadbir wilayah sendiri. Etnik2 ini adalah Kachin, Kayah, Kayin, Rakhine dan Shan.
Gambar2 yg aku up ni bukan askar Myanmar tau. Tapi pemberontak. Korg tengok kelengkapan mereka mcm mana askar Myanmar tak tension. Dorg ni byk duit hasil sokongan luar, kutipan cukai dan lain2 aktiviti haram. Jgn ingat pemberontak kt sana x cukup mkn dgn pakaian compang-camping.
Sebagai contoh pasukan pemberontak yg pernah wujud, Communist Party of Burma (1939 - 1981) pernah mempunyai 15,000 anggota bersenjata. Shan State Army (1964 - 1975) 9,000 gerila, Mong Tai Army (1985 - 1996) 20,000 gerila dan ada juga pasukan kecil spt God's Army (1997 - 2006) pasukan pemberontak Kristian seramai 500 orang di Kanyin State. Pasukan2 ini dah bubar dan ada yg telah ditubuhkan semula atas nama lain.
Senarai nama gerakan bersenjata di Myanmar kini adalah:
- All Burma Students Democratic Front (ada sayap bersenjata)
- Arakan Army
- Democratic Karen Benovalent Army
- Kachin Independence Organisation
- Karen National Union
- Karenni Army
- Mon National Liberation Army
- Myanmar National Democratic Alliance
- Shan State Army (North)
- Shan State Army (South)
-ada beberapa lagi x larat aku nak tulis
- setiap gerakan ini mempunyai 1500 hingga 8000 gerila
- Arakan Army
- Democratic Karen Benovalent Army
- Kachin Independence Organisation
- Karen National Union
- Karenni Army
- Mon National Liberation Army
- Myanmar National Democratic Alliance
- Shan State Army (North)
- Shan State Army (South)
-ada beberapa lagi x larat aku nak tulis
- setiap gerakan ini mempunyai 1500 hingga 8000 gerila
Walaupun pada 2011 junta tentera telah melakukan political reforms, gencatan senjata dan melaksanakan zon pentadbiran sendiri, pemberontakan masih berlaku.
Pemberontakan oleh Rohigya telah bermula sejak 1946, dengan pasukan yg dinamakan Mujahid. Ketuanya, Mir Kasem kemudiannya terbunuh di Cox's Bazar dan pemberontakan ditumpaskan pada tahun 1950an. Bagaimanapun ketegangan berterusan selama lebih 3 dekad. General Ne Win telah melancarkan Operation King Dragon pada 1978 yang menyaksikan penangkapan beramai2 dan penyeksaan ke atas Rohigya. Seramai 250,000 telah melarikan diri ke Bangladesh.
Menurut beberapa sumber, permasalahan Rohigya ini bermula dari Perang Kemerdekaan Bangladesh 1971 apabila mereka lari menyelamatkan diri ke Myanmar. Mereka berstatus pendatang haram dan tidak diberikan kerakyatan Burma/Myanmar. Mereka tidak dibenarkan mengembara tanpa kebenaran rasmi kerajaan Myanmar, tidak dibenarkan mempunyai lebih 2 orang anak (walaupun undang - undang ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya) dan lelaki Rohigya dikehendaki berkhidmat utk projek2 tentera/kerajaan sehari dalam seminggu dan melakukan tugasan sentri utk satu malam.
Pada 2005 hingga 2009 kerajaan Bangladesh telah berusaha menghantar pulang pelarian2 Rohigya ini keluar dari sempadan mereka. Setelah berbincang dgn kerajaan Myanmar, adalah dipersetujui pada 16 Okt 2011 bahawa pelarian Rohigya ini akan dibawa pulang ke Myanmar, namun ianya tergendala akibat rusuhan yang berlaku di Rakhine State.
Persoalannya sekarang siapakah yg sanggup menerima pelarian Rohigya ini. Bukan Bangladesh, tidak mungkin Myanmar, Thai telah terang2 tidak menerima mereka. Destinasi yg terdekat adalah Indonesia dan Malaysia.
Kita mmg cepat simpati dgn kekejaman yg telah dilakukan keatas minoriti Rohigya ini. Namun utk menerima mereka dalam satu jumlah yang besar bukanlah solusi yg terbaik kita boleh tawarkan. Kita mungkin pernah dengar cerita - cerita yg tidak baik tentang etnik ini yg telah diterima tinggal dinegara kita dan aku percaya kedatangan mereka lagi adalah tidak dialu-alukan.
Sementara ini kita tunggu dan lihat apa tindak tanduk negara2 lain dalam menghadapi isu ini. Aku percaya kebanyakan negara akan memilih utk melepas tangan. Kita doakan kekejaman ke atas mereka dapat dihentikan sementara menanti solusi ke atas isu ini.
Bahagian ke-2
Kecelaruan identiti bangsa Rohingya, antara penduduk asli (Islam) Arakan dan pendatang Bangladesh. Satu tinjauan dari abad ke 16 hingga 21 juga melibatkan dendam antara etnik Rohingya dan Rakhine.
Asal – usul bangsa Rohingya
Mereka adalah penduduk asal (Muslim) di utara Arakan (Rakhine State menurut wilayah pemerintahan Myanmar) yang bersempadan dengan Bangladesh. Pada tahun 1799, seorang bangsa Scott, Francis Buchanan Hamilton yang menulis tentang “Burmese Empire” mengatakan terdapat tiga dialek utama yang dituturkan di Burma, salah satu darinya adalah Rooinga iaitu bahasa penduduk asli Arakan. Rohingya berasal dari nama “Rohang” atau “Rohan” sebutan yang digunakan di Bengal, iaitu nama yang digunakan bagi merujuk kepada penduduk Arakan semasa abad ke-9 dan ke-10. Bentuk muka bumi Arakan yang dipisahkan dari bahagian lain Burma oleh banjaran gunung menjadikannya lebih rapat kepada kerajaan Bengal di utara, dari segi sejarah dan budaya.
Ada juga sumber mengatakan asal keturunan Rohingya ini adalah pedagang-pedagang Arab, Mughal dan Bengali yang telah bermastautin di Arakan. Rohingya ini tinggal bersama-sama kaum Rakhine (mojoriti) yang susurgalurnya adalah Hindu dan Mongol. Bagaimanapun terdapat argumen-argumen, terutama dari etnik Rakhine dan Burma lainnya yang menuduh bahawa buruh-buruh dari Bengali (Bengal) telah menetap di Arakan sejak zaman kolonial British lagi dan menafikan tuntutan sejarawan Rohingya kononnya Arakan pernah diperintah oleh raja-raja Islam, walaupun terdapat bukti menunjukkan raja-raja Islam Arakan pernah mengeluarkan syiling pada tahun 1554/5 dengan cetakan “kalimah” diatasnya. Professor Michael Charney pernah menulis raja-raja Islam Arakan lebih toleran dan melindungi setiap pengamal agama selain Islam., malah idenditi masyarakat berlandaskan agama tidak pernah wujud di Arakan sebelum penghujung abad ke-18. Menurut Charney lagi, dianggarkan 2/3 penduduk Arakan adalah beragama Islam.
Pada tahun 1785, Arakan telah jatuh ke tangan Dinasti Konbaung, menyaksikan 35,000 penduduknya melarikan diri ke Chittagong. Sempadan Bengal – Arakan mansuh selepas perang Anglo – Burma yang pertama pada tahun 1824 hingga 1826 apabila Arakan diserahkan kepada British. Pada ketika itu, menurut Charles Paton, Sub-Commisioner untuk wilayah Arakan, orang Islam merupakan 30% dari jumlah 100,000 penduduk Arakan. Selebihnya adalah 60% etnik Rakhine dan 10% Burma. British telah menggalakkan kedatangan orang-orang Islam (buruh ladang) dari Chittagong ke Arakan yang mana polisi ini ditentang oleh etnik Buddha Rakhine. Oleh itu, Rohingya hari ini adalah generasi hamba-abdi yang dibawa masuk oleh raja-raja Arakan dari Bengal dan juga dari gelombang kedua para buruh yang dibawa masuk oleh British. Bancian yang dijalankan oleh British pada tahun 1872 menunjukkan terdapat 58,255 orang Islam di Daerah Akyab dan jumlah itu meningkat kepada 178,647 orang pada tahun 1911.
Zaman Kolonial
Apabila British menguasai Burma, wilayah-wilayah pentadbiran telah dipecahkan mengikut etnik atau bahasa ibunda, walaupun sebelum itu masyarakat-masyarakat Burma telah biasa hidup bercampur gaul antara satu sama lain. Sebagai contoh mudah, etnik Kachin dan Shan boleh memilih samada hendak tinggal dalam sistem sosial Kachin atau Shan mengikut keselesaan mereka, walaupun bahasa pertuturan mereka menunjukkan mereka dari etnik yang berbeza. British juga mengamalkan pilih kasih apabila mereka mengambil orang-orang India berkerja berbanding orang Burma kerana orang India telah memahami selok-belok birokrasi pentadbiran kerajaan British.
Perang Dunia ke-2
Ketegangan antara Buddha dan Islam di Arakan meningkat apabila British berundur ke India dan Arakan jatuh ke tangan Jepun. Etnik Rakhine (Buddha) kebanyakkannya menyebelahi Jepun dan Tentera Pembebasan Burma pimpinan Aung San, manakala orang-orang Islam telah dibekalkan dengan senjata oleh pihak British. Perang saudara meletus antara Rohingya dan orang-orang Rakhine. Menurut Aye Chan, sejarawan dari Universiti Kanda, Rohingya telah menyerang kampung-kampung Rakhine mengorbankan kira-kira 20,000 orang. Serangbalas etnik Rakhine pula mengorbankan 5,000 orang Rohingya. Tentera Jepun pula melakukan pembunuhan, perkosaan dan seksaan ke atas Rohingya yang mengakibatkan 22,000 mencari perlindungan di Bengal. Rohingya telah dijanjikan sebuah negara Islam yang bebas dari Burma setelah British mengambilalih pemerintahan dari Jepun selepas Perang Dunia ke-2 tamat, kononnya sebagai membalas budi kepada kesetiaan Rohingya kepada British. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, British hanya melantik orang-orang Rohingya yang tertentu memegang jawatan rasmi didalam koloni-koloni British di Burma.
Pada tahun 1947, setelah tertubuhnya Pakistan, kaum Rohingya telah menemui Presiden Muhammad Ali Jinnah dan meminta supaya wilayah Arakan dimasukkan ke dalam Pakistan (ketika itu Bangladesh yang terletak di sempadan Arakan adalah wilayah Pakistan Timur). Bagaimanapun, Presiden Pakistan itu menolak permohonan Rohingya atas alas an beliau tidak mahu campurtangan dengan urusan dalaman Burma. Ramai berpendapat inilah punca ketegangan antara kerajaan Burma dan minoriti Rohingya. Apabila Burma mengumumkan kemerdekaan pada tahun 1948, kebanyakan jawatan kerajaan yang disandang oleh Rohingya telah digantikan dengan puak Buddha Arakan, yang mana telah mula mengubah polisi-polisi yang dianggap tidak adil dan memihak kepada Rohingya.
Pemberontakan bersenjata Mujahid.
Pada tahun 1947, sebuah pertubuhan yang dinamakan Mujahid telah ditubuhkan dengan objektif membentuk sebuah kerajaan Islam di Arakan. Bagaimanapun gerakan ini telah ditumpaskan selepas General Ne Win (yang merampas kuasa pada tahun 1962) melancarkan operasi selama dua dekad untuk menamatkan pemberontakan bersenjata mereka.
Sebelum 1962, komuniti Rohingya telah diiktiraf sebagai etnik asli dan warganegara Burma, dengan ada antara mereka berjaya menjawat jawatan sebagai ahli parlimen, menteri dan lain-lain jawatan tinggi kerajaan. Namun, keadaan ini tidak kekal lama setelah junta tentera Tatmadaw (Angkatan Tentera Myanmar) merampas kuasa pada tahun 1962. Rohingya telah diisytiharkan sebagai komuniti “tanpa negara” dan “pendatang asing”. Perkara ini telah dinyatakan dalam Akta Warganegara pada tahun 1982, dan hak mereka sebagai pengundi telah dinafikan pada pilihanraya tahun 1990.
Perang Pembebasan Bangladesh dari Pakistan (1971-73).
Antara tahun 1971 hingga 1973, Perang Pembebasan Bangladesh (pemisahan Bangladesh yang dahulu dikenali sebagai Pakistan Timur) dari Pakistan telah menyaksikan penghijrahan 10 juta pelarian ke negara-negara jiran. Pada tahun 1975, Duta Bangladesh ke Burma, Khwaja Mohammed Kaiser mengakui kira-kira 500,000 pelarian telah menyusup masuk ke Arakan. Dari tahun 1971 hingga 1978, sami-sami Buddha Rakhine telah melakukan mogok lapar menuntut kerajaan Burma mengatasi kemasukan pelarian ini yang telah mengubah keseimbangan demografi di wilayah tersebut.
Kerajaan Ne Win telah meminta PBB menghantar pulang para pelarian ini, dan pada masa yang sama melakukan operasi ketenteraan mengusir 200,000 pelarian kembali ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh pula memprotes langkah Burma yang “mengusir dengan kekerasan rakyat Islam Burma” ke wilayahnya. Selepas perbincangan dengan PBB, pada bulan Julai 1978, kerajaan Burma bersetuju menerima kembali 200,000 pelarian ini dan ditempatkan di Arakan. Pada tahun 1982, kerajaan Burma melalui Akta Warganegara telah mengisytiharkan mereka ini sebagai “Bengali” dan pendatang asing.
Nasib Rohingya – tanpa negara
Semenjak 1948, hampir 1.5 juta Rohingya telah dipaksa meninggalkan Burma. Dianggarkan masih terdapat 800,000 lagi masih berada di Burma (kini Myanmar), sementara 600,000 di Bangladesh, 250,000 di Pakistan, 300,000 di Arab Saudi dan 100,000 lagi di UAE, Thailand dan Malaysia.
Bahagian Ke-3
Kita dah lihat dlm Bhg 1 artikel latarbelakang negara Burma (kini Myanmar) yg tidak aman dari pergolakan dalaman dgn wujudnya pelbagai pasukan gerila yg melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut kemerdekaan wilayah masing-masing. Parti Komunis Burma dgn 15,000 anggota merupakan yg terbesar dan lain-lain pertubuhan spt Karen State Army, Shan State Army dan Mon juga mempunyai ribuan pejuang. Konflik antara etnik pula melibatkan Rohingya dan Rakhine di Arakan.
Bhg ke-2 kita telah melihat sejarah asal usul Rohingya ini. Mmg sebahagian kecil mereka berasal dari Arakan itu sendiri ttp raja-raja Islam Arakan telah membawa masuk org2 Bengal bekerja disana. British juga mambawa masuk ramai buruh2 ladang dari Bengal sehingga keseimbangan demografi terjejas dan mendapat bantahan org2 Rakhine Buddha.
Apabila datangnya Jepun pada Perang Dunia 2, org2 Rohingya ini dibekalkan dgn senjata oleh British tapi peluang ini digunakan utk menyerang kampung2 Rakhine sehingga mencetuskan perang saudara. Apabila Jepun campurtangan membubuh, siksa dan perkosa org2 Rohingya ini lari pula ke sempadan Bengal.
Apabila Pakistan merdeka pada 1947, org2 Rohingya meminta agar wilayah mereka dimasukkan ke dalam Pakistan Timur tetapi Presiden Pakistan, Muhd Ali Jinnah menolak atas alasan tidak mahu terlibat dlm hal ehwal Burma. Hal ini menambah lagi kebencian org2 Rakhine dan Burma lainnya kepada Rohingya.
Sejarah berulang selepas Myanmar dikuasai junta tentera. Nasib Rohingya bertambah malang apabila Bangladesh enggan menerima pelarian Rohingya di sempadannya dan menghantar mereka pulang.
Persoalan yg menarik untuk kita bincang kali ini ialah tentang penerimaan pelarian Rohingya oleh negara kita. Dari respon yg sy terima ramai juga yg menentang berdasarkan penglaman berhadapan sendiri dgn tingkah laku org2 Rohingya ini. Tidak kurang juga yg menyokong, malangnya pihak yg menyokong ini apabila sy tanyakan apakah jalan pintas yg terbaik, tiada jawapan konkrit yg diberikan selain soalan2 dan herdikan bahawa statement sy tidak nampak mahu membantu saudara seagama. Ada juga yg menepek ayat2 Quran didalam komen2 mereka tetapi apabila ditanya apa solusi yg terbaik dan paraktikal, tiada jawapan diberikan. Sy katakan Rohingya skrg sedang disembelih dan mereka bukan mahu debat2 di Fb sbgai jawapan. Sehari kita berdebat di Fb, ntah sudah berapa nyawa melayang disana. Nampaknya org kita masih suka bercakap tetapi sedikit atau tiada perlaksanaan langsung. Betullah tu kalau digelar keyboard warrior.
Ok, ada juga yg mencadangkan dibuka kem pelarian utk Rohingya di negara kita ini. Sebelum itu kita lihat pro dan kontranya dahulu membuka kem pelarian ini.
Saiz
Pertama sekali kita lihat kem pelarian terbesar di dunia Dadaab, Kenya menempatkan lebih 402,000 pelarian. (UNHCR 2 Sept 2013). Ramai tak? Dekat setengah juta...negeri mana dlm M'sia penduduk sebanyak itu? Mungkin kalau kita letak dkt Perlis boleh penuh. Persoalannya brp ramai Rohingya kita hendak terima? Ada hampir 2 juta Rohingya di Myanmar sana tu kot.
Pertama sekali kita lihat kem pelarian terbesar di dunia Dadaab, Kenya menempatkan lebih 402,000 pelarian. (UNHCR 2 Sept 2013). Ramai tak? Dekat setengah juta...negeri mana dlm M'sia penduduk sebanyak itu? Mungkin kalau kita letak dkt Perlis boleh penuh. Persoalannya brp ramai Rohingya kita hendak terima? Ada hampir 2 juta Rohingya di Myanmar sana tu kot.
Tempoh
Berapa lama kita nak tempatkan pelarian ini? Kem pelarian Palestin ada yg dibuka lebih 67 tahun dahulu, semenjak 1948. Georgia - 23 tahun, Darfur - 12 tahun. Contoh paling baik Pulau Bidong mula menerima pelarian Vietnam pada bln May 1975 seramai 121 org. Pada bulan Jun 1979 populasi meningkat kpd 40,000 orang. Apabila ditutup pada 1991, seramai 250,000 pelarian telah menjadikan Pulau Bidong sebagai transit ke negara ketiga. Kita kena bersedia utk menjadi hos utk satu tempoh yg lama, bukan setahun dua.
Berapa lama kita nak tempatkan pelarian ini? Kem pelarian Palestin ada yg dibuka lebih 67 tahun dahulu, semenjak 1948. Georgia - 23 tahun, Darfur - 12 tahun. Contoh paling baik Pulau Bidong mula menerima pelarian Vietnam pada bln May 1975 seramai 121 org. Pada bulan Jun 1979 populasi meningkat kpd 40,000 orang. Apabila ditutup pada 1991, seramai 250,000 pelarian telah menjadikan Pulau Bidong sebagai transit ke negara ketiga. Kita kena bersedia utk menjadi hos utk satu tempoh yg lama, bukan setahun dua.
Lokasi & Kuarantin
Bagi satu cadangan lokasi yg sesuai. Ia mestilah dikuarantin dan tiada "freedom of movement". Tapi utk satu tempoh masa yg panjang, meletakkan puluhan ribu org dlm kawasan kuarantin akan menimbulkan masalah2 lain yg akan kita bincangkan.
Bagi satu cadangan lokasi yg sesuai. Ia mestilah dikuarantin dan tiada "freedom of movement". Tapi utk satu tempoh masa yg panjang, meletakkan puluhan ribu org dlm kawasan kuarantin akan menimbulkan masalah2 lain yg akan kita bincangkan.
Infrastruktur
Tempat tinggal perlulah binaan yg sesuai. Jika di Afrika bolehlah guna khemah tapi kalau dikawasan tropika mmg x sesuailah. Lain2 kemudahan letrik, air, sanitari, perparitan, keselamatan kebakaran dll perlu difikirkan. Ini bukan mcm kita pacak khemah utk picnic satu malam yer....
Tempat tinggal perlulah binaan yg sesuai. Jika di Afrika bolehlah guna khemah tapi kalau dikawasan tropika mmg x sesuailah. Lain2 kemudahan letrik, air, sanitari, perparitan, keselamatan kebakaran dll perlu difikirkan. Ini bukan mcm kita pacak khemah utk picnic satu malam yer....
Aktiviti ekonomi
Adakah pelarian ini dibenarkan bekerja? Bergantung pada polisi. Bagaimana kawalannya? Pergerakan keluar masuk kem?
Adakah pelarian ini dibenarkan bekerja? Bergantung pada polisi. Bagaimana kawalannya? Pergerakan keluar masuk kem?
Perlu disediakan tapak untuk ternakan dan pertanian kecil utk komuniti tersebut.
Lain2 aktiviti yg mendatangkan hasil boleh dianjurkan.
Lain2 pengurusan:
Selain makanan dan pakaian, perubatan adalah sgt penting bagi mengelak penularan penyakit berjangkit, pengurusan dan rawatan trauma/kaunseling sbb mesti ada yg mental terganggu, pengurusan kelahiran dan kematian. Satu lagi yg penting adalah pembelajaran dan pendidikan skill/kemahiran supaya mereka kemudian boleh berkerja/berdikari di negara yg akan menerima mereka.
Selain makanan dan pakaian, perubatan adalah sgt penting bagi mengelak penularan penyakit berjangkit, pengurusan dan rawatan trauma/kaunseling sbb mesti ada yg mental terganggu, pengurusan kelahiran dan kematian. Satu lagi yg penting adalah pembelajaran dan pendidikan skill/kemahiran supaya mereka kemudian boleh berkerja/berdikari di negara yg akan menerima mereka.
Kawalan keselamatan
Ingat lagi tak dulu kita ada hadapi kes PATI merusuh? Kecoh kan? Di kem pelarian Brazzaville, Congo pada tahun 1999 dalam tempoh 6 bulan sebanyak 1600 kes rogol dilaporkan. Jenayah, pergaduhan pasti ada. Satu lagi perkara adalah konflik dgn masyarakat tuan rumah akibat pertentangan budaya.
Ingat lagi tak dulu kita ada hadapi kes PATI merusuh? Kecoh kan? Di kem pelarian Brazzaville, Congo pada tahun 1999 dalam tempoh 6 bulan sebanyak 1600 kes rogol dilaporkan. Jenayah, pergaduhan pasti ada. Satu lagi perkara adalah konflik dgn masyarakat tuan rumah akibat pertentangan budaya.
Pertambahan populasi/kelahiran
Ini pun nk kena ambil kira. Tetiba populasi meningkat 20 peratus camne?
Ini pun nk kena ambil kira. Tetiba populasi meningkat 20 peratus camne?
Ok sy dah bentangkan sejarah permasalahan Rohingya ini sehingga cara penyelesaian ikut kehendak korg lah kata nak bukak kem pelarian kat negara kita. Nanti klau dah bukak jgn lupa pulak jd volunteer.
On a serious note, masalah ini mmg komplikated tapi sy percaya jika negara2 Islam beri tekanan kpd Myanmar keganasan dpt dihentikan. Ini tindakan serta merta yg perlu diambil walaupun Myanmar kata ini masalah dalaman aku, ko apa nak sibuk? Kita kena bantu mereka cari solusi. Pembersihan etnik wajar ditentang. Tetapi utk menerima kedatangan mereka, tuan2 boleh hujah berdasarkan maklumat yg sy dah sediakan dlm 3 penulisan ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment