Search This Blog

Saturday, August 27, 2016

Kebocoran Rahsia Kapal Selam Kalvari dan Scorpene

Minggu ini minggu yang menarik.  Pendedahan bahawa telah berlaku kebocoran maklumat berdarjah mengenai program kapal selam Tentera Laut India Kalvari telah "secara tidak sengaja" menyebabkan banyak cacing kepanasan di Malaysia.

Kapal Selam Tentera Laut India Kalvari. Gambar Dailymail UK.


Kapal selam Kalvari Tentera Laut India merupakan projek Tentera Laut India untuk menggantikan kapal selam kelas Shindughosh yang direka berasaskan kelas Kilo yang sudah terlalu tua dan usang, telah direka berdasarkan kapal selam Scorpene buatan syarikat Perancis - Sepanyol, DCNS. Dua unit kapal selam jenis Scorpene kini beroperasi dalam TLDM; KD Tun Abdul Rahman dan KD Tunku Abdul Razak.

Kapal Selam Scorpene TLDM. Gambar Wikipedia 

Cybertrooper, terutamanya mereka yang berkecenderungan haluan kiri dengan cepat menghurungi berita ini seperti semut yang terhidu gula.

Ramai daripada mereka mengambil peluang untuk mengambil menyelar program kapal selam TLDM, dengan mengatakan bahawa kapal selam TLDM hari ini sudah tidak berguna.

Terus-terang, saya tidak tahu jika saya mahu ketawa atau hanya sekadar tersengih macam kambing termakan kapur.

Kambing ni dah jelir lidah :p

Kapal selam Kalvari adalah berdasarkan reka bentuk Scorpene, khususnya Scorpene Malaysia. Tetapi ia adalah reka bentuk dikemaskini dengan keperluan khusus kepada India.

Perbezaan utama antara Scorpene kita adalah kawasan operasi kita di perairan Laut China Selatan yang cetek dan beriklim tropika manakala Kalvari Tentera Laut India dijangka beroperasi di kawasan perairan yang lebih sejuk seperti di Laut Hindi Selatan.

Apabila perkataan "advanced" atau maju digunakan untuk menggambarkan kelas sesebuah kapal selam, terutamanya melibatkan suatu  rekabentuk yang terdahulu, saya percaya adalah tidak salah untuk mengatakan bahawa rekabentuk kapal baru itu adalah sebenarnya berbeza dan cukup berbeza cukup untuk menyebabkan bacaan sonar atau sonar signature kapal selam tersebut berbeza sama sekali. Seperti bagaimana kapal selam kelas Kilo Advanced Tentera Laut Vietnam adalah cara yang berbeza dari kapal selam kelas Kilo generasi yang lebih tua. Dengan mengambil kira hampir 10 tahun di antara siapnya kapal selam TLDM Scorpene dan kapal selam Kalvari Tentera Laut India ini, sudah pasti terdapat banyak perubahan.

Itulah sebabnya Panglima TLDM Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin tidak terlalu bimbang dengan kebocoran maklumat tersebut.

Satu lagi sebab mengapa saya geli gelaman adalah reaksi daripada askar siber pembangkang.

Selama bertahun-tahun mereka telah menjerit melaung-laung bagai pontianak termakan cili padi bahawa program Scorpene kita adalah suatu penipuan dan kapal selam kita tidak boleh menyelam.

Pontianak termakan cili

Kini mereka seolah-olah terlalu bimbang bahawa Scorpene kita tidak lagi berkesan?

Saya ingat mereka ini sudah berkeras mengatakan bahawa kapal selam kita tidak boleh menyelam.

Walaupun kapal selam kami mencapai sudah mencapai 10,000 jam di bawah air.
Walaupun terdapat seorang Ketua Menteri yang mereka muliakan dan dewakan sudah pernah menaiki kapal selam.

Yeah! Takde lubang cukup besar untuk menutup malu apabila seluruh kehidupan anda hanyalah untuk menjaga kerusi empok pemimpin politik kesayangan anda.

Seperti seorang kawan saya telah berkata, Ouchhh!

No comments:

Post a Comment