Tugu Pahlawan penuh simbolik.
Satu patung memegang bendera, seorang lagi memangku rakan yang parah. Di atas timbunan mayat musuh. Lambangnya keberanian dan pengorbanan demi tanahair.
Di belakang berdirinya kubah yang memahatkan nama setiap negeri.
Di bawah kubah, lambang setiap unit tentera Berikat yang beroperasi di Malaya semasa Darurat. Sebagai ingatan tanda terima kasih.
Di dalam kubah, lambang setiap kor dan Regimen semasa Darurat.
Kubah pula melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Dalam kolam di depan kubah pula ada arca bunga teratai, lambang pejuang negara yang beragama Hindu dan Buddha turut berkorban nyawa demi negara.
Di tengahnya air pancut, melambangkan pejuang negara beragama Kristian.
Di depan pula, cenotaph peringatan Perang Dunia Pertama.
Ini lambang perpaduan, lambang kesatuan. Dan pada jata negara jelas terpampang dalam tulisan Rumi dan Jawi, "Bersekutu Bertambah Mutu".
Dahulu, musuh negara amat membenci kewujudan tugu ini kerana di tugu ini, dilambangkan pejuang mereka diinjakkan oleh perwira negara.
Masa Insurgensi Kedua, tugu ini diletupkan dengan bom.
Masa rundingan Hatyai, PKM minta tugu ini dirobohkan.
Jadi mereka yang minta tugu ini dirobohkan, adakah mereka dipergunakan untuk meneruskan apa yang tidak dapat diminta musuh negara secara berdepan?
Terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membelanjakan sejumlah wang untuk membangunkan kawasan Tugu Negara menjadi sebuah taman. Keamanan kita hari ini hasil perjuangan mereka yang lampau dan bukannya sekadar ingatan. Nilai wang ringgit tidak akan dapat membalas pengorbanan mereka.
No comments:
Post a Comment