Search This Blog

Wednesday, November 15, 2017

Kenapa Kapal Tugasan Pesisiran ini Diperlukan?

Nota: Rencana ini adalah rencana yang diterjemahkan daripada rencana yang asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris pada tahun lalu.

Semalam, Ahli Parlimen DAP bagi Kampar, Dr. Ko Chung Sen mempersoalkan keperluan untuk Malaysia membeli 10 buah Kapal Tugasan Persisiran bernilai RM3 bilion daripada China, seperti dilaporkan oleh MalaysiaKini.  
YB Kampar - Dr. Ko Chung Sen (DAP)
Sumber: DAP


Doktor tersebut menuduh bahawa pentadbiran Najib tidak mempedulikan kebajikan rakyat kerana pembelian tersebut dibuat ketika peruntukan untuk Kementerian Kesihatan telah dipotong sebanyak 24%.  Doktor tersebut kemudiannya mengatakan bahawa pembelian 10 buah kapal tersebut adalah tidak memberi manfaat kepada negara. 

Terima kasih Doktor, kerana begitu perihatin akan kesihatan Rakyat. 

Namun begitu, keselamatan negara adalah sama pentingnya. 

Mungkin anda tidak menyedari isu ini sepertimana ramai rakyat Malaysia yang juga tidak mengambil berat akan isu keselamatan negara, tetapi izinkan saya kongsikan ini.  Kita secara teknikalnya sudah bogel. 

Selepas isu NGPV antara 2006 -2010, TLDM sudah menjadi apa yang kita anggap sebagai tentera laut atas kertas.

KD Selangor (Pennant 176)
1 daripada 6 NGPV kelas Kedah. Menariknya, saya tidak lihat sebarang bunyi daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang mengenai penipuan oleh
any pro-Govt nor opposition MP Amin Shah.
Hari ini, unit penggempur atas permukaan Tentera Laut terdiri daripada 2 kapal kelas Lekiu (memasuki 20 tahun dalam perkhidmatan), 2 korvet kelas Kasturi (memasuki 30 tahun dalam perkhidmatan), 6 buah kapal peronda pesisiran kelas Kedah, 4 buah FAC (G) kelas Laksamana (memasuki 30 tahun dalam perkhidmatan), 4 buah kapal penyapu ranjau kelas Mahimeru (memasuki 30 tahun dalam  perkhidmatan) dan lebih kurang 20 kapal penyerang pelbagai model (hampir 40 tahun).

Korvet kelas Laksamana, sekarang menjadi FAC (G).
Sumber: Wikipedia

Frigate kelas Lekiu - Sumber: Wikipedia
Korvet kelas Kasturi - Sumber: Wikipedia

Kebanyakan kapal penyerang ini berkos tinggi dari segi pengoperasian dan penyelenggaraan kerana tidak menggunakan alat ganti yang sama.  

Ada sesetengahnya sudah tidak dioperasikan, menunggu masa dilucut tauliah daripada perkhidmatan TLDM.  

Tentera Laut telah menghasilkan Program Transformasi Tentera Laut 15-kepada-5, di mana 15 jenis kapal ini akan dirasionalisasikan menjadi 5 jenis kapal, salah satunya Kapal Tugasan Pesisiran (LMS).

Rancangan TLDM adalah untuk memiliki 18 buah LMS dengan setiap LMS tidak boleh bernilai lebih daripada RM200 juta.  Menggunakan parameter ini, jumlah kos sepatutnya sekitar RM3.6 bilion.

Dengan 18 buah kapal baru ini, Tentera Laut boleh mempersarakan sekitar 30 buah kapal lama yang sudah tidak sesuai untuk diselenggara dan dibaiki.

Langkah ini akan menjimatkan kos pengoperasian jangka panjang.  

Pada harga RM200 juta sebuah, hanya China sahaja yang dapat membina kapal semurah ini. 

Dengan 10 tahun selepas kemelut dengan projek NGPV, Tentera Laut tidak boleh tidak mengembangkan keupayaannya. 

Dalam tempoh masa 10 tahun ini, Tentera Laut telah dipaksa beroperasi melampaui keupayaan sedia ada.  

Kali pertama adalah antara 2006 hingga 2013 apabila TLDM terlibat dalam Ops Fajar, mengawal laluan laut di Teluk Aden.  

Walaupun beroperasi melampaui keupayaan sedia ada, TLDM terlibat dalam 3 operasi anti-lanun.  1 insiden, TLDM telah menyelamatkan sebuah kapal MISC.  Manakala dalam 2 insiden, sebuah kapal milik China diselamatkan dan sebuah lagi tidak dikenalpasti.

Ops Fajar - Keupayaan operasi TLDM telah dipaksa melampaui batas

Secara tidak rasmi, TLDM juga mungkin telah terlibat dalam 2 operasi menyelamat bersama dengan tentera Perancis dan Amerika Syarikat; satu-satunya pembayang adalah Presiden Perancis mengucapkan terima kasih atas bantuan Malaysia dalam operasi menyelamat.  Bantuan ini tidak pernah disahkan atau disangkal oleh Kerajaan Malaysia.


Seterusnya, peristiwa Lahad Datu.  Sekali lagi, TLDM terpaksa beroperasi di luar batas keupayaannya.

Dengan 6 kawasan operasi utama, Tentera Laut terpaksa menggunakan kapal hidrografi untuk tujuan rondaan.  Sila ambil perhatian bahawa kapal-kapal ini tidak memilik sistem persenjataan.

KD Perantau - Sumber: Blog Secure Malaysia

Walaupun TLDM diperlukan dalam ESSCOM, kekangan akibat kekurangan kapal memaksa TLDM untuk mengurangkan kehadiran di situ.

Di Laut China Selatan, TLDM ada 5 pengkalan operasi hadapan.  Pengkalan-pengkalan ini, diberi nama stesen, perlu dibekalkan secara berkala.  Disebabkan oleh kekangan kekurangan kapal, tugas ini ini terpaksa ditanggung oleh CB90 TLDM. 

Saya percaya, sekiranya tuan Doktor ingat, beberapa bulan lepas, Tentera Laut telah pernah kehilangan hubungan dengan sebuah bot penggempur.  Bot CB90 itu terputus hubungan selama satu hari, sebelum dijumpai.

CB90 TLDM - bot seperti ini digunakan untuk membuat bekalan semula ke FOB di

Dengan pembelian kapal baru ini, tugas ini lebih sesuai ditugaskan kepada LMS.

Tuan Doktor, anggota tentera laut ini, mereka juga rakyat Malaysia.  Untuk menjalankan tugas mereka, mereka memerlukan peralatan paling sesuai.  Hanya selepas itu barulah mereka menjalankan tugas mereka.  

Sekiranya ada masalah berlaku, pada mereka jugalah kita bergantung untuk memberi kawalan keselamatan.  Tetapi kita ikat pula tangan mereka.

Mereka bukannya meminta untuk dibelikan kapal layar untuk peranginan.  Mereka juga bukannya meminta sebuah kapal pengangkut kapal terbang yang besar untuk mempertahankan negara.  Permintaan mereka adalah berpatutan dan adalah menjadi tugas wajib kerajaan untuk memastikan mereka dibekalkan peralatan yang betul pada harga yang betul. 
Kapal Republik Filipina BRP Gregorio del Pilar

Dan oh ya, jangan gunakan helah sama yang sudah lapuk dengan membandingkan kapal yang kita ingin belikan ini dengan kapal tentera laut Filipina BRP Gregorio del Pilar.  Filipina telah membeli kapal ini yang berusia hampir 50 tahun daripada US Coast Guard.

Sama seperti saya, sebagai rakyat, hanya membenarkan kamu untuk membeli sebuah BMW untuk kegunaan persendirian, kecuali kamu perlu membeli sebuah BMW 502.

Mungkin ada baiknya YB Kampar mencontohi YB Rantau Panjang (PAS) dan YB Sandakan.

YB Rantau Panjang - Siti Zailah
Mohd Yusoff (PAS)
Sumber: blog

Daripada YB Rantau Panjang (Siti Zailah Mohd Yusoff - PAS)

"Begitu juga saya ingin tahu tentang keselamatan di sempadan. Keselamatan di sempadan bukan boleh kita perlekehkan. Saya kasihan tengok tentera-tentera kita, pasukan beruniform kita berkejar-kejar berjalan kaki, kadang-kadang dengan penyeludup menggunakan kereta laju dan sebagainya. Apa yang paling bimbang takut senapang itu peluru cukupkah tidak, itu yang saya bimbang. Peluru cukupkah tidak ini dok kawal sempadan. Jadi saya harap, saya tanya ini bukan sahaja, saya sudah selidik perkara ini. Jadi, saya harap perkara ini diberi perhatian sebab isu ini isu nyawa dan isu keselamatan rakyat. "


YB Datin Linda Tsen (BN) Sandakan
From YB Sandakan Datin Linda Tsen (BN)

"Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bangkit di Dewan yang mulia ini bahawa peraturan tentera antara timur dan barat Malaysia adalah amat tidak seimbang.

Walaupun kita pun tahu ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah adalah serius dan ketara tetapi kebanyakan tentera ditumpu di Semenanjung mengikut laporan. Kini Semenanjung Malaysia mempunyai tiga division yang ditambahkan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Manakala seluruh Timur Malaysia yang lebih luas hanya mempunyai satu division di Kuching.

Nisbah pertahanan angkatan tentera dan polis di Semenanjung Malaysia 70% manakala hanya 30% sahaja untuk Sabah dan Sarawak. Ia adalah amat tidak seimbang. Kenapa sedangkan Pantai Timur Sabah menghadapi ancaman yang terbesar. Kenapa tidak ada division ditambahkan di Sabah untuk memperkuatkan pertahanan di Sabah. Jangan lupa bahawa Lahad Datu pernah diceroboh dan ada kemungkinan bahawa pasukan pengganas pun juga akan ceroboh ke atas tanah air Sabah lagi. Ini kita perlu diawasi oleh kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, justeru saya cadangkan supaya strategi ini dirombak semula supaya sepatutnya satu division harusnya ditempatkan di Sabah, Lahad Datu untuk meningkatkan kemampuan pertahanan negara kita di Pantai Timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua, ESSCOM sudah guna lebih RM146 juta dan tahun ini pun diperuntukkan sebanyak RM44 juta daripada segi pembangunan. Akan tetapi ia langsung tidak berkesan dan tidak dapat melindungi rakyat Sabah. Kes penculikan masih berkali-kali berlaku dan ESSCOM ini langsung tidak dapat buat apa-apa.

Justeru saya minta ia dibubarkan dan saya cadangkan angkatan tentera dan pasukan pertahanan negara masuk dan memimpin kerja pertahanan di Pantai Timur Sabah dengan guna aset yang lebih canggih. Saya tahu bahawa kerajaan mula arahkan kapal-kapal di Pantai Timur Sabah pasangkan sistem AIS di kapal mereka. Akan tetapi tanpa radar yang efektif ia tidak mencukupi untuk mengesan dan memantau keadaan di kawasan perairan Pantai
Timur Sabah. Walaupun AIS ini boleh mengesan kapal-kapal sendiri di laut tetapi ia tidak boleh mengesan kapal yang tidak dikenali seperti kapal Abu Sayyaf. Oleh itu kita perlu sistem radar yang canggih dan berkesan untuk memantau dan merangkumi seluruh kawasan perairan Pantai Timur Sabah supaya kita dapat tahu pencerobohan
pasukan pengganas itu.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu masalah pendatang asing tanpa izin yang amat ramai di Sabah satu fakta yang melibatkan dalam ancaman Abu Sayyaf dan penculikan yang sering berlaku di pantai timur. Ini bukan sahaja saya cakap malah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sabah dan pihak polis juga bersetuju bahawa ada fakta dalaman iaitu orang dalaman terlibat dalam kes-kes penculikan. Itu telah menyebabkan pasukan keselamatan kita agak susah mengelakkan ancaman pengganas. Memandangkan kebanyakan orang dalaman ini ada double nationality. Di kawasan kita mereka mempunyai MyKad dan di kawasan Filipina pula mereka pun ada Philippine punya identity. Memang susah kita mahu mengenal pasti masalah ini.

Saya berpendapat bahawa ia perlu diselesaikan secara holistik. Saya minta kerajaan mengambil tindakan yang cekap dan mengatasi masalah PATI di Sabah."

1 comment:

  1. We should invite yb dr to have an extended holiday in one of the east sabah islands and we shall see if he would appreciate what the security boys are doing

    ReplyDelete