Search This Blog

Wednesday, July 24, 2019

Perlantikan Pangkat Kehormat ATM - Keperluan atau Sekadar Demi Kedudukan Politik?

Hari ini (23 Julai 2019) telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Brigadier Jeneral Askar Wataniah kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Haji Adly Haji Zahari di Wisma Pertahanan. Pemakaian pangkat tersebut dilakukan sebagai memenuhi kedudukan mereka sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. Perlantikan mereka telah mendapat sokongan daripada Majlis Angkatan Tentera dan perkenan Yang DiPertuan Agong.




Sekian, berita hari ini.

Tunggu dulu. Sebelum anda mula mengutuk dan mengatakan bahawa saya melacurkan pendirian saya, kita masuk bab pendapat saya.

Apabila saya menerima makluman mengenai majlis ini, perkara pertama yang saya teringatkan adalah arahan MenTah pada 19 April 2019 untuk menghentikan penganugerahan pangkat kehormat kepada ahli politik dan artis dihentikan. Dan saya sudah tahu bahawa isu ini akan dijadikan bahan politik.

Tangkap layar dari Mkini


Mungkin ini balasan setimpalnya kepada mereka-mereka yang bergelar cytro politik. Ketika peneraju kerajaan hari ini bergelar pembangkang, mereka juga memainkan isu yang sama, sehinggakan mantan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, bekas Brig Jen Khairy Jamaluddin yang sememangnya seorang askar wataniah turut dipersoalkan.

Sehinggakan saya hilang kira berapa kali saya perlu jelaskan bahawa perlantikan-perlantikan ini bukan sekadar perlantikan politik pada nama.

Ketika saya menghadiri acara Demonstrasi Kuasa Tembakan di Asahan pada tahun 2008, sudah diterangkan kepada kami bahawa perlantikan politik ini mempunyai 2 tujuan; bagi mendekatkan jentera politik awam dengan kepimpinan tentera, di mana jentera politik awam ini dibawa memahami fungsi tentera, serta menjadi ikon bagi menarik sektor awam menyertai askar wataniah.

Walaupun penjelasan demi penjelasan telah dibuat terdahulu, tetap dipolitikkan. Sekarang, jawablah kamu sendiri.

Pada masa sama, terdetik juga satu persoalan di benak saya. Sekiranya perlantikan Menteri Besar/Ketua Menteri merangkap pengerusi JAKPAW begitu penting, kenapa kebanyakan Rejimen Askar Wataniah seluruh negara seperti hidup segan mati tak mahu? Selain Rejimen Askar Wataniah Pakar dan Rejimen 515, berita unit-unit lain agak hambar. Tidak ada pula usaha memperkasakan rejimen-rejimen ini.

Malahan, apa yang saya dengar adalah rungutan kesukaran untuk mendapatkan cuti tanpa rekod untuk tujuan latihan tahunan. Sekiranya JAKPAW betul-betul berkesan, sudah tentu isu rungutan cuti pun boleh dikurangkan.

Tetapi untuk berlaku adil, rungutan di atas berlaku semasa zaman pentadbiran kerajaan terdahulu. Hari ini, kerajaan telah bertukar.

Kerajaan hari ini perlu menjayakan sasaran 3 orang sukarelawan bagi setiap anggota tetap. Saya percaya Timbalan MenTah ada membawa agenda untuk memperkukuhkan bukan sahaja RAW tetapi juga PSSTLDM dan PSSTUDM.

Tetapi sekiranya hasilnya tetap sama, yakni tiada penambahbaikan kepada ketiga-tiga cabang perkhidmatan sukarelawan, maka mungkin perlu difikirkan sama ada pemakaian pangkat kehormat itu perlu ditamatkan atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment