Sumber foto - http://www.army-technology.com/projects/black_hawk/ |
Bagi memahami erti kata ini, perlu kita kaji kembali sejarah Sabah itu sendiri. Tetapi bukan daripada perspektif sejarah yang diajar dalam sekolah-sekolah di Malaysia. Sebaliknya dari perspektif sejarah seperti yang dicatatkan oleh sejarahwan Brunei Darussalam, Pehin Jamil dalam bukunya Tarsilah Brunei II.
Sabah Di Bawah Brunei
Daulat Sabah pada asalnya dimiliki oleh Kesultanan Brunei. Malahan, sejarah penubuhan Brunei itu sendiri dipengaruhi oleh Sabah. Keseluruhan Sabah dari sebelah timur hinggalah ke barat berada di bawah Kesultanan Brunei.
Pada tahun 1660, berlaku rampasan kuasa dalam Kesultanan Brunei. Dua orang putera Kesultanan tersebut bergaduh akibat sabung ayam sehinggalah menjadi sebuah perang saudara. Pengiran Muda Alam menjadi korban pertama dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu. Akibatnya Sultan Brunei ketika itu, Sultan Muhammad Ali dibunuh oleh penyokong Pengiran Muda Alam.
Kekosongan tersebut menyebabkan munculnya dua orang individu yang cuba mewarisi takhta Kesultanan Brunei; Sultan Muhyiddin (cucu Sultan Muhammad Ali) dan Sultan Hakkul Abdul Mubin (pembunuh Sultan Muhammad Ali).
Sultan Hakkul Abdul Mubin menubuhkan istananya di Pulau Chermin, Kinarut, Sabah. Dari tahun 1660 sehinggalah 1673, percubaan demi percubaan Sultan Muhyiddin untuk menewaskan Sultan Hakkul Abdul Mubin gagal. Akhirnya, Sultan Muhyiddin cuba mendapat bantuan daripada Kesultanan Sulu. Kawasan yang dijanjikan oleh Sultan Muhyiddin adalah kawasan yang meliputi kawasan ESSCOM hari ini.
Bantuan dijanjikan oleh Kesultanan Sulu untuk serangan ke atas Pulau Chermin. Tetapi ketika serangan dilancarkan oleh Sultan Muhyiddin, tentera Kesultanan Sulu tidak membantu menyerang. Mereka hanya tiba setelah tentera Sultan Muhyiddin berjaya menewaskan tentera Sultan Hakkul Abdul Mubin.
Murka dengan penipuan Kesultanan Sulu, Sultan Muhyiddin menghalau tentera Kesultanan Sulu.
Kesultanan Sulu masih juga cuba menuntut wilayah yang dijanjikan oleh Sultan Muhyiddin dalam beberapa percubaan walaupun mereka tidak menunaikan janji mereka di medan perang. Namun setiap kali dihalau oleh Sultan Brunei. Penguasan wilayah yang pernah dijanjikan kepada Sultan Sulu kekal dengan Sultan Brunei. Namun tidak dinafikan terdapat daerah yang berjaya dikuasai oleh Sultan Sulu. Tetapi memandangkan kaedah perhubungan yang kurang efektif ketika itu, mereka tidak dapat dikesan dan dihalau. Kehadiran Kesultanan Sulu di situ sepertimana lanun yang kita hadapi hari ini.
Kehadiran British di Sabah
Setelah British melalui Syarikat Overbeck dan Dent mendapat hak pajakan ke atas Sabah, syarikat tersebut dicatatkan dalam sejarah turut mendapatkan pajakan bagi wilayah sebelah timur Sabah daripada Kesultanan Sulu. Di situ terdapat kekeliruan yang dicatatkan dalam sejarah Malaysia.
Dokumen rasmi Kesultanan Brunei menyatakan bahawa pajakan yang diperoleh oleh Overbeck dan Dent meliputi keseluruhan Sabah, termasuk wilayah yang dituntut oleh Kesultanan Sulu. Tetapi kenapa Overbeck dan Dent mendapatkan pajakan daripada Sultan Sulu?
Tujuan pajakan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan aktiviti penerokaan Sabah oleh mereka tidak diganggu oleh lanun dari seberang. Syarikat Overbeck dan Dent hanyalah merupakan sebuah syarikat swasta yang mendapat piagam untuk meneroka. Tujuan penubuhan syarikat mereka hanyalah untuk keuntungan. Sama seperti sikap segelintir peniaga yang lebih rela membayar wang perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap daripada membantu polis membanteras kegiatan mereka.
Pencerobohan Lahad Datu
2013, kumpulan pengganas di bawah Jamallul Kiram II cuba mendapatkan wilayah yang dituntut dahulu untuk Kesultanan Sulu (hakikatnya mereka cuma buah catur Nur Misuari). Ops Daulat dilancarkan dan kita kehilangan 10 orang anggota pasukan keselamatan dari ATM dan PDRM. Salah seorangnya suami kenalan saya. Di sebelah pengganas, angka korban rasmi adalah 70 orang.
Semasa krisis Lahad Datu berlangsung, Jamallul Kiram telah mengirimkan jurucakapnya, iaitu Abraham Idjrani dan anaknya Jacel Kiram untuk memohon bantuan daripada Sultan Hassanal Bolkiah untuk memaksa Malaysia menyerahkan Sabah kepada mereka. Sebaliknya, Sultan Hassanal Bolkiah yang membuat lawatan rasmi ke Manila ketika itu tidak mempedulikan permohonan bantuan mereka.
Lawatan Rasmi Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia
Tahun lepas, Sultan Hassanal Bolkiah telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia. Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ditugaskan sebagai menteri kanan menjadi pengiring kepada baginda Sultan Brunei. Masuk tahun 2015, MenHan mengumumkan hibah ini daripada Sultan Brunei.
Hibah ini membawa makna bahawa Daulat Sabah dipegang dan diiktiraf oleh Malaysia. Dan ini sebenarnya merupakan tamparan ke atas Sulu, bukannya Malaysia.
* bilangan sebenar akan cuba dipastikan.
No comments:
Post a Comment