Tiadanya luka fizikal tidak bermakna semuanya boleh dilupakan.
Termeterainya perjanjian damai pada 17 Oktober 1990 antara Kerajaan Sarawak (mewakili Kerajaan Persekutuan) dengan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) membawa kepada tamatnya pemberontakan bersenjata oleh elemen komunis di bumi Malaysia. Telah tewas bukan satu, bukan dua, tetapi 5 parti komunis yang cuba membawa ajaran anti-Tuhan itu ke bumi Malaysia.
Akhirnya, bumi Malaysia sudah boleh menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi dan negara.
Namun begitu, di sebalik tamatnya pemberontakan bersenjata komunis itu, kita telah lalai. Ya, benar mereka telah meletakkan senjata mereka, tetapi ramai lagi yang terus kekal dengan fahaman komunisme. Kita tidak kisah mereka memegang ajaran sesat itu, tetapi kita tidak boleh terima usaha mereka untuk menghalalkan perjuangan songsang mereka yang lampau.
Dalam masa 5 - 6 tahun yang lepas, kita dapat lihat dengan sendiri usaha oleh segelintir individu, baik dari kerajaan mahupun pembangkang serta individu biasa yang cuba mendapatkan pengiktirafan kepada anasir-anasir yang suatu ketika dahulu pernah hampir berjaya memusnahkan negara kita.
Oleh itu, adalah baiknya sekiranya kita mengimbas kembali sejarah negara.
Oleh itu, adalah baiknya sekiranya kita mengimbas kembali sejarah negara.
PKM ditubuhkan di Singapura pada 30 April 1930 di Singapura oleh wakil Parti Komunis Nanyang serta sekurang-kurangnya dua orang wakil dari Partai Komunis Indonesia (PKI) (wakil PKI merupakan Tan Malaka dan Semaun).
Tan Malaka, seorang guru yang kemudiannya menyertai Partai Komunis Indonesia (PKI) |
Tujuan PKM ketika itu adalah sebagai wakil kepada golongan pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis. Kebanyakan ahli-ahli mereka ketika itu adalah pekerja pelabuhan dan perladangan yang sememangnya ada di antara mereka yang ditindas oleh golongan majikan yang rata-rata mementingkan keuntungan semata-mata. Oleh itu, PKM mudah meluaskan pengaruh ketika itu.
Kemunculan PKM ketika itu juga merisaukan Polis British yang kemudiannya merancang untuk meletakkan agen mereka, Lai Teck dalam PKM. Lai Teck yang ketika itu merupakan agen kepada Perisikan Perancis di Vietnam telah diberikan kepada British kerana identitinya di Vietnam hampir bocor.
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan oleh Lai Teck, Cawangan Khas Polis Singapura telah berjaya menangkap semua perwakilan tertinggi dalam PKM sehinggakan Lai Teck berjaya menjadi Setiausaha Agung PKM.
Semaun, pengasas PKI yang turut menghadiri upacara penubuhan PKM |
Pengkhianatan Lai Teck yang membawa kepada pembunuhan majoriti pemimpin PKM yang benar-benar berkaliber mungkin sekali antara punca kenapa PKM bertindak ganas selama 14 hari selepas perletakan senjata oleh Jepun. Tiada individu yang boleh bertindak mengawal tindak-tanduk semua anggota PKM yang kemaruk darah.
Lai Teck, agen British dalam PKM yang menjadi Setiausaha Agung PKM |
Tamatnya Perang Dunia Kedua memperlihatkan PKM sebenarnya cuba merampas kuasa daripada British. Ramai anggota PKM termasuk dalam Pulitburo hendak mengangkat senjata menentang pendaratan tentera Berikat. Mereka juga telah berunding dengan Ibrahim Yaacob yang mengetuai PETA (Pembela Tanah Air) dan segelintir Tentera Jepun yang hendak meneruskan perjuangan menentang British. Keputusan Lai Teck ketika itu adalah untuk menerima kehadiran British kembali ke Tanah Melayu. Nyawa anggota Force 136 di bawah John Davis dan Spencer Chapman terselamat. Tetapi keputusan Lai Teck itu menyebabkan hampir 400 orang Askar Jepun yang melarikan diri dari tugas dan menyertai PKM untuk terus menentang British menemui ajal di tangan PKM.
Hanya selepas tamatnya perang barulah PKM mengetahui bahawa Lai Teck merupakan pengkhianat dan jawatan Setiausaha Agung itu dipegang oleh Chin Peng. Namun begitu, Lai Teck telahpun menghilangkan diri bersama sejumlah dana milik PKM.
Lai Teck kemudiannya mati dibunuh oleh agen Parti Komunis Thailand di Bangkok, dengan mayatnya dibuang ke dalam Sungai Chao Praya.
Kehadiran Sir Harold Briggs di Malaya sebagai pencetus kepada idea Kampung Baru di serata negara membawa kepada PKM berjaya dilemahkan.
Field Marshall Sir Gerald Templer |
Chin Peng semasa Rundingan Baling |
Selain Tan Sri CC Too, seorang individu yang amat penting dalam memusnahkan pergerakan komunis adalah seorang individu yang bernama Hor Lung. Tidak dapat dipastikan nama penuh beliau, tetapi beliau pada suatu ketika merupakan bekas Pulitburo PKM Selatan Malaya (Johor). Ketika beliau berada dalam PKM, beliau merupakan musuh yang paling sukar diburu. Beliau akhirnya menyerah diri ke sebuah balai polis secara mengejut bagi meminta bantuan perubatan kepada seorang anggota pasukannya yang cedera parah akibat tembakan ke muka atau hidung. Apabila tuntutannya dipersetujui, beliau bukan sahaja membawa pasukannya menyerah diri, malahan telah membantu Cawangan Khas dalam Q ops di seluruh Johor. Dengan bantuan Hor Lung, kesemua unit PKM di Johor berjaya dipujuk untuk menyerah diri dengan hanya satu kematian sahaja. Selepas Darurat, Hor Lung dipercayai telah menjadi timbalan kepada Tan Sri CC Too dalam Unit Peperangan Psikologi. Sumbangan Hor Lung teramat penting dalam usaha melemahkan PKM sehinggakan Chin Peng mencelanya dalam bukunya dengan menuduh Hor Lung telah menerima rasuah untuk memusnahkan PKM di Johor.
Satu unit pasukan pembunuh PKM telah dihantar untuk meletupkan Stadium Merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957. Semasa pasukan pembunuh itu sedang berbincang dengan unit Min Yuen, pasukan itu diserang hendap oleh unit Rejimen Askar Melayu yang diketuai oleh Kapten Hassan Osman (kisah hidupnya kemudian dikisahkan oleh Seniman Agung P Ramlee dalam filem klasik Sarjan Hassan).
Di sekitar tahun 1969 sehingga 1970, tersebar ura-ura bahawa pasukan keselamatan, terutamanya dari Cawangan Khas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam PKM. Akibatnya, wakil Pulitburo PKM di Selatan Thailand, Siao Chiang telah mengarahkan semua rekrut PKM yang direkrutkan selepas tahun tertentu untuk dihukum bunuh. Arahan itu dilaksanakan dan ramai kader baru telah dibunuh tanpa siasatan dilakukan. Antara kader yang dibunuh adalah sepasang suami isteri doktor tentera dari China dan anak-beranak yang dipaksa menggali kubur mereka sendiri.
Di sekitar tahun 1969 sehingga 1970, tersebar ura-ura bahawa pasukan keselamatan, terutamanya dari Cawangan Khas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam PKM. Akibatnya, wakil Pulitburo PKM di Selatan Thailand, Siao Chiang telah mengarahkan semua rekrut PKM yang direkrutkan selepas tahun tertentu untuk dihukum bunuh. Arahan itu dilaksanakan dan ramai kader baru telah dibunuh tanpa siasatan dilakukan. Antara kader yang dibunuh adalah sepasang suami isteri doktor tentera dari China dan anak-beranak yang dipaksa menggali kubur mereka sendiri.
Arahan itu tidak diterima dengan baik oleh sekurang-kurangnya 2 rejimen, iaitu Rejimen 8 dan Daerah No. 2, Rejimen ke-12. Kedua-dua rejimen bertindak memutuskan hubungan dengan Jawatankuasa Pusat PKM. Malahan, wakil Chin Peng ke salah satu rejimen itu telah dihukum bunuh.
Dalam buku Chin Peng, dia mengakui bahawa dia tersilap besar kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai itu. Selepas perletakan senjata 1989, dia terpaksa berhadapan dengan waris mangsa dan mengakui kesilapan itu.
Kapten Hassan Osman, wira yang menyelamatkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. |
Awal 1970-an, PKM melancarkan Insurgensi Kedua. Mempelajari kesilapan besar semasa Darurat 1948 - 1960, iaitu tindakan kejam terhadap orang awam, arahan terbaru ketika itu adalah untuk mengelakkan mangsa orang awam. Insurgensi itu sebenarnya terpaksa dilancarkan lambat kerana peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah meningkatkan kesiagaan pasukan keselamatan.
Fokus PKM terhadap Insurgensi Kedua menyebabkan PKM terlepas peluang keemasan. PKM tidak menyedari bahawa hubungan antara Parti Komunis China dengan Parti Komunis Russia semakin retak. Kehadiran Presiden US, Ronald Reagan menyaksikan kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik sebagai persediaan menghadapi ancaman USSR.
Retaknya hubungan itu juga menyaksikan hubungan Parti Komunis Vietnam beralih kiblat ke Moscow. Sekiranya PKM menyedari perubahan ini dan mengambil peluang ketika itu untuk menukarkan haluannya kepada Moscow, mungkin sekali Malaysia akan bakal menghadapi masalah. Chin Peng gagal memerhati perubahan ini dan terus cuba meminta madu dari Beijing.
Tamparan kedua terhadap PKM adalah lawatan PM kedua, Tun Abdul Razak ke Beijing yang telah diterima oleh Pengerusi PKC ketika itu, Mao Tse-Tung. Dalam lawatan itu, China telah mengiktiraf kerajaan Malaysia dan pada masa sama telah mengiktiraf bahawa orang Cina yang sudah mendapat kerakyatan negara lain, terutamanya di Malaysia dan Singapura bukan lagi rakyat China.
Tamparan ketiga dan keempat adalah masing-masing penarikan balik status tetamu kehormat kepada PKM untuk menghadiri perbarisan Hari Republik Rakyat China dan kebenaran untuk PKM memancarkan radio dari Beijing.
Apabila Insurgensi Kedua menemui kegagalan, PKM Pusat cuba merancang Insurgensi Ketiga. Insurgensi Ketiga ini dijangka akan dilancarkan hanya setelah unit-unit PKM diletakkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.
Tugu Negara. Chin Peng cuba meminta agar Tugu Negara dimusnahkan sebagai syarat perjanjian damai. |
Kerajaan Thailand bertindak sebagai orang tengah kerana risau bahawa konflik berterusan mungkin melihat pejuang pembebasan Pattani mendapatkan bantuan daripada PKM. Ketika itu, sekitar 60% kekuatan PKM merupakan Melayu warga Thailand. PKM telah menjanjikan untuk membantu Melayu Thailand untuk mendapatkan kemerdekaan untuk wilayah Pattani daripada Thailand.
Mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng. Walaupun beliau telah bersara ketika Rundingan Hadyaai, beliau dipanggil balik untuk membantu dalam rundingan tersebut. |
Oleh itu, apabila Chin Peng cuba meminta agar pengiktirafan kepada PKM dan untuk Tugu Negara dirobohkan, kerajaan dengan mudah menolak ke tepi permintaan itu. Berang dengan tindakan kerajaan menolak tuntutan tersebut ke tepi, Chin Peng telah mengugut akan melancarkan Insurgensi Ketiga. Menurut mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng, Cawangan Khas ketika itu menarik Chin Peng ke tepi dan berkongsikan dossier unit-unit PKM yang telah diseludupkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Kesemua unit tersebut telahpun berada di bawah kawalan Q unit Cawangan Khas manakala satu-satu unit bukan di bawah kawalan Cawangan Khas yang diketuai oleh Cheong Chor telah tewas dengan Cheong Chor sudah pun berada di dalam tahanan polis. Chin Peng mengalah.
Parti Komunis Malaya - Marxist Leninism
Berkekuatan sekitar 300 orang, PKM - ML merupakan pecahan daripada PKM Pusat. Asal unit ini adalah Daerah No. 2, yang merupakan sebahagian daripada Rejimen ke-12. Kumpulan ini sering diasak oleh PKM Pusat dan juga pasukan keselamatan. Kewujudan serpihan ini tidak lama apabila di sekitar tahun 1980-an, mereka telah bergabung dengan Parti Komunis Malaya - Revolutionary Faction untuk menubuh Parti Komunis Malaysia. Hayat parti baru ini tidak lama dan menyerah kalah sekitar tahun 1988. Kesilapan dalam menamakan parti baru itu sebagai Malaysia membawa padah kepada unit tersebut.
Parti Komunis Malaya - Revolutionary Faction
Berkekuatan hanya sekitar 160 - 200 orang sahaja, kumpulan ini jauh lebih lengkap dari segi persenjataan. Ini menjadikan kumpulan ini amat agresif berbanding PKM Pusat. Asalnya, PKM - RF merupakan Rejimen ke-8 Malayan National Liberation Army (MNLA) dan kepiutusan untuk berpisah dibuat pada 15 Februari 1970. Penubuhan rasmi PKM - RF dibuat pada 25 Sept 1970.
Berkekuatan hanya sekitar 160 - 200 orang sahaja, kumpulan ini jauh lebih lengkap dari segi persenjataan. Ini menjadikan kumpulan ini amat agresif berbanding PKM Pusat. Asalnya, PKM - RF merupakan Rejimen ke-8 Malayan National Liberation Army (MNLA) dan kepiutusan untuk berpisah dibuat pada 15 Februari 1970. Penubuhan rasmi PKM - RF dibuat pada 25 Sept 1970.
Antara operasi yang dilancarkan kumpulan ini adalah pembunuhan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahman dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Koo Choon Kong serta ramai lagi anggota Cawangan Khas berketurunan Cina. Selain itu, mereka turut melancarkan serangan mortar ke Pengkalan TUDM di Sungai Besi, serangan ke atas Tugu Negara serta serangan bom tangan ke atas Markas Pasukan Polis Hutan di Cheras.
Tan Sri Abdul Rahman Hashim, KPN. Kereta beliau diserang hendap di depan The Weld hari ini. |
Pembunuhan Tan Sri Koo Choon Kong merupakan kesilapan paling besar kumpulan ini. Salah seorang berjaya ditembak dan dari situ, pasukan keselamatan telah berjaya mendapat tahu rancangan kumpulan tersebut untuk membunuh Panglima ATM, Ketua Polis Singapura, dan Panglima Tentera Singapura.
Parti Gerakan Rakyat Sarawak (PGRS) dan Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU)
Untuk membincangkan pemberontakan komunis di Sarawak, adalah sukar bagi membincangkan pergerakan tersebut dengan memisahkan kedua-dua entiti ini. Secara asasnya, kedua-dua merupakan entiti berbeza, tetapi akhirnya bergabung menjadi satu entiti.
Untuk membincangkan pemberontakan komunis di Sarawak, adalah sukar bagi membincangkan pergerakan tersebut dengan memisahkan kedua-dua entiti ini. Secara asasnya, kedua-dua merupakan entiti berbeza, tetapi akhirnya bergabung menjadi satu entiti.
Sama seperti di Semenanjung, tujuan asal adalah untuk mempertahankan hak pekerja dan petani. Semasa Perang Dunia Kedua, mereka juga terlibat dalam pergerakan penentangan terhadap Jepun. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada penglibatan mereka adalah efektif atau tidak.
Di bidang politik, mereka lebih berjaya apabila berjaya membawa kebanyakan rakyat Sarawak berketurunan Cina untuk mendapat pendedahan politik awal. Malahan, dipercayai hampir 70% ahli parti Sarawak United People's Party (SUPP) sebelum penubuhan Malaysia merupakan ahli PGRS ataupun PARAKU.
Kegagalan menghalang penubuhan Malaysia menyaksikan ramai ahli PGRS dan PARAKU menyertai gerakan bawah tanah yang dikenali sebagai Clandestine Communist Organisation (CCO). Ada di antara anggota-anggota CCO yang terpilih kemudiannya dihantar ke Indonesia untuk dilatih dalam latihan bercorak komando sebagai sebahagian daripada usaha Indonesia untuk merampas Sarawak ketika itu.
Kedua-dua PGRS dan PARAKU kemudiannya bergabung menubuhkan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
Ancaman yang dibawa kumpulan ini teramat lah besar kerana cuba mempergunakan semangat nasionalis Sarawak. Berbeza daripada ancaman komunis di Semenanjung, ada di antara ahli dalam parti komunis ini merupakan para profesional seperti doktor. Seorang pegawai tentera dipercayai menjadi korban apabila doktor hospital kerajaan tersebut yang juga merupakan seorang komunis menyuntik racun dan membunuh pegawai tentera tersebut.
Bong Kee Chok. Ironinya adalah dia sendiri membawa lebih separuh kekuatan PKKU untuk menyerah diri. |
Terdapat pertindihan maklumat siapa yang keluar dari hutan untuk memulakan rundingan damai. Satu sumber mengatakan bahawa BKC sendiri keluar dari hutan untuk berjumpa dengan wakil kerajaan. Semasa BKC keluar dari hutan, dia kemudiannya ditahan dalam sekatan jalan oleh PDRM. Pegawai polis yang bertugas, seorang anak tempatan terus dapat mengenali BKC dari tangannya yang cacat akibat terkena letupan bom tangan yang tidak sempat dibaling. BKC kemudiannya dibawa ke sebuah rumah selamat di Kuching untuk memulakan rundingan damai.
Sumber lain pula mengatakan bahawa yang ditahan adalah runner kepada BKC, membawa surat untuk kerajaan Sarawak.
Disebabkan oleh kesanggupan BKC merundingkan perletakan senjata PARAKU, maka anggota yang bersedia meletakkan senjata diberi pengampunan am dan dibenarkan kembali ke masyarakat dalam tempoh yang tertentu. Perletakan senjata besar-besaran yang ditandatangani pada 21 Okt 1973 ini menyaksikan 481 anggota PARAKU meletak senjata dan diserap kembali ke dalam masyarakat.
Namun, tidak semua menyerah diri bersama BKC. Seramai hampir 130 orang kekal di dalam hutan bersama dengan Hu Ting Chung dan Wong Lian Kui. Antara mereka yang turut bersama dalam kumpulan ini adalah bekas isteri BKC, Liu How Ying. Dia meneruskan peperangan sehinggalah terpaksa menyerah kalah pada 1990. Perletakan senjata hanya dibuat atas desakan lembut PKC berdasarkan cadangan Deng Xiaping ke atas pengasas PKKU di China, Weng Min Chyuan.
Kekal benci pada BKC, bekas isterinya memilih untuk hidup dalam buangan di Hong Kong. Tidak dapat dipastikan kewarganegaraan mana yang kini dipegang oleh bekas isterinya. Namun, kedua-dua tidak boleh bersemuka kerana bekas isterinya dikatakan berikrar untuk membunuh BKC sekira bersua muka.
Selepas menyerah kalah, BKC tidak lagi terlibat dalam politik dan menumpukan perhatian dalam perniagaan insurans. Walaupun dia merupakan bekas pemimpin komunis, salah satu sumbangan terbesarnya adalah untuk mengarahkan beberapa bekas orang bawahannya untuk memberi perlindungan peribadi kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas yang juga bekas Ketua Polis Sarawak, mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng. Atas usaha mendiang Tan Sri Yuen, barulah proses penyerahan diri dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sumber:
- Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941 - 46, 4th Edition.
- Comber, Leon, Malaya's Secret Police 1945 - 60: The Role of The Special Branch in the Malayan Emergency.
- Hara, Fujio, North Kalimantan Communist Party And People's Republic of China, http://www.ide.go.jp/English/Publish/Periodicals/De/pdf/DE43_4_4.pdf.
- Mohamad Reduan Haji Asli, Pemberontakan Komunis di Malaysia 1948 - 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Steward, Brian, Operation Sharp End: Smashing Terrorism in Malaya 1948 - 58. Memories of the Malayan Police.
- Ong Boon Hua, Alias Chin Peng.
- Yuen Yuet Leng, Nation Before Self: And Values that Do Not Die.
- The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency in Peninsular Malaysia 1968 - 1989
No comments:
Post a Comment