Search This Blog

Sunday, February 4, 2018

Biji Getah

Biji getah. Benih kepada pokok Hevea Brasiliansis. Menjadi alat mainan utama bagi kanak-kanak di zaman dahulu. Pelbagai permainan boleh dihasilkan daripada biji getah ni.



Tapi apa kaitannya dengan sejarah ketenteraan?

Lebih tepat, biji getah ini merupakan peringatan kepada kesengsaraan penduduk negara ini, khususnya di sebelah Tanah Melayu, akan zaman penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Disebabkan kekurangan bahan makanan, masyarakat ketika itu terpaksa mencuba apa sahaja untuk dijadikan bahan makanan. Antaranya, biji getah ini.
Biji getah pada asasnya beracun. Untuk mengelakkan racun tersebut, biji getah akan direbus berkali-kali sehingga racunnya hilang.

Setelah racunnya hilang, biji getah yang telah direbus berulangkali itu akhirnya akan dihancurkan sebelum dicampurkan dengan tepung dan diuli menjadi...

Ya, cekodok. Asal-usul cekodok adalah daripada menggunakan biji getah. Kuih yang dibuat daripada cekodok ini akhirnya beralih kepada menggunakan bahan lain apabila bahan makanan lain mula diperoleh. 

Nak tahu sumber? Maaf, saya tak ingat. Saya baca kat buku mana, atau dengar kat TV. Bagi menjawab geng budget anti-plagiat yang tanya soalan ni.

Yang lebih penting, jangan lupa kesengsaraan perang. Jangan ingat seronok sangat nak perang, nyawa dan harta digadaikan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment