Search This Blog

Friday, April 21, 2017

Timur Tengah yang Bergolak - Bara Api Kebencian - Bahagian 3


Pasukan Topi Putih - Wira atau Penipu
Banyak bukti yang mengaitkan rejim Assad dalam penggunaan senjata kimia dan jenayah kemanusiaan lain datang dari sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Topi Putih.

Kumpulan itu dipanggil sebagai Topi Putih kerana mereka memakai topi keselamatan berwarna putih semasa menjalankan kerja-kerja menyelamat, sebahagian besarnya hanya dengan alatan tangan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Disambut sebagai wira di barat, sebuah dokumentari mengenai pengorbanan mereka malahan telah berjaya memenangi anugerah Oscar.

Kumpulan itu bertanggungjawab mendedahkan penggunaan senjata kimia oleh tentera kerajaan Syria dalam serangan Goutha.

Penggunaan gas klorin sebagai senjata kimia juga didedahkan oleh kumpulan ini.
Dan mereka juga dilihat di lokasi menyelamat mangsa serangan Khan Sheikun.

Bukti Palsu
Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya telah terjumpa bukti bahawa kumpulan Topi Putih mungkin telah menghasilkan bukti palsu untuk cuba mengumpan penglibatan campur tangan antarabangsa serta untuk menaikkan amarah masyarakat antarabangsa.

Kebiasaannya, saya akan mengetepikan maklumat sedemikian sebagai tuduhan teori konspirasi, tetapi pendapat daripada sumber-sumber yang biasa dengan peranan pasukan penyelamat awalan mengenai serangan di Khan Sheikun membuat saya mengkaji semula peranan ini kumpulan itu di Syria.

Video sukarelawan kumpulan itu bergerak untuk menyelamatkan mangsa-mangsa telah dikongsi oleh kumpulan itu telah disebarkan sedunia untuk menunjukkan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Bashir al-Assad. Namun, sumber saya yang telah melakukan tugas sebagai responder pertama berpendapat bahawa para sukarelawan tersebut tidak memakai pakaian atau alatan yang akan sesuai untuk mengendalikan serangan gas Sarin.

Gas sarin biasanya akan meninggalkan selapis selaput nipis bahan kimia tersebut yang masih boleh membawa maut sekiranya disentuh. Tanpa peralatan yang betul, sukarelawan topi putih sepatutnya tumbang mati di depan mata. Namun mereka selamat tanpa kecederaan jelas.

Dalam satu lagi video Topi Putih yang muncul dalam internet, menunjukkan mereka merawat kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa serangan gas klorin. Beberapa orang doktor Sweden yang menonton video itu berkata sukarelawan tersebut tidak cuba merawat kanak-kanak, sekadar hanya melekat jarum tersebut ke dalam badan seorang kanak-kanak yang tidak berdaya ini.


Terdapat gambar lain mengenai kumpulan ini yang didakwa sebagai percubaan mewujudkan bukti palsu untuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan Syria.

Gambar yang dikatakan gambar palsu

Jika tuduhan-tuduhan ini adalah benar, sekaligus akan menjadikan bukti-bukti lain yang dikemukakan oleh kumpulan ini tidak boleh dipercayai dan tidak diterima lagi.

Penafian Kerajaan Syria
Apabila berita serangan tersebut disebarkan oleh media antarabangsa, kerajaan Syria tidak menafikan mereka telah melancarkan serangan udara di Khan Sheikun. Sebaliknya, mereka mendakwa mereka telah melancarkan serangan udara konvensional terhadap sasaran yang dikenalpasti sebagai depot senjata  yang berada di bawah kawalan musuh, hanya untuk mendapat bahawa bahan kimia terlarang tersebut tersebar ke kawasan sekitar.

Dakwaan kerajaan Syria disokong oleh kerajaan Rusia, yang mempunyai anggota tentera berpengkalan di pangkalan udara yang telah melancarkan serangan udara.
Kerajaan Rusia juga telah menyatakan bahawa mereka akan membentangkan bukti yang menyokong dakwaan kerajaan Syria di mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang sedang diadakan ketika rencana ini ditulis.

Serangan Peluru Berpandu Amerika Syarikat
Satu lagi bukti yang menyokong dakwaan Kerajaan Syria secara tidak sengaja diberikan oleh tentera Amerika Syarikat.

23 peluru berpandu Tomahawk daripada 59 peluru berpandu yang dilancarkan telah berjaya mengenai sasaran yang ditetapkan mereka di Syria.

Antara sasaran yang telah musnah adalah pangkalan udara di mana serangan udara itu dilancarkan.

Sekiranya Tentera Syria masih mempunyai stok gas Sarin, saya percaya serangan itu sepatutnya telah menyebabkan bahan kimia awalan untuk tercampur dan mengakibatkan gas sarin merebak dalam kawasan serangan tersebut.

Namun, tidak ada berita mengenai insiden gas Sarin baru di kawasan yang terjejas.

Pemusnahan Stok Senjata Kimia Syria
Perlu diingatkan bahawa selepas serangan sarin Goutha, Syria telah membuat keputusan untuk memusnahkan semua senjata kimia di bawah kawalannya. Pemusnahan ini telah disahkan secara bebas oleh agensi Rusia dan agensi Amerika. Ini menimbulkan persoalan senjata kimia siapa dan dari mana yang telah digunakan dalam serangan itu.

Penyebaran senjata NBC (nuklear, biologi dan kimia) terutama dari Libya merupakan satu kemungkinan yang tidak boleh dinafikan. Banyak inventori senjata yang pernah dimiliki oleh Tentera Libya telah hilang. Sudah tentu ada di antara senjata ini adalah senjata kimia.

Terdapat juga individu yang mewar-warkan dan yakin bahawa bahan kimia tersebut sebenarnya dibekalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha untuk memaksa kerajaan Syria meletakkan senjata. Malangnya, tiada siapa yang telah dapat membuktikan tuduhan ini. Secara peribadi, saya cenderung untuk percaya ini adalah satu usaha untuk memberi gambaran negatif kepada bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Puan Hillary Clinton.

Memandangkan Rusia telah mengesahkan bahawa senjata kimia Syria telah dimusnahkan, tuduhan terhadap kerajaan Syria mengingatkan saya kepada tuduhan bahawa Saddam Hussein masih menyimpan senjata pemusnah besar-besaran. Ironis untuk dua musuh yang pernah bersama-sama bersekutu menentang Israel dan juga penganjur utama dunia Pan-Arab sekular.


Keupayaan Menghasilkan Gas Sarin
Serangan gas Sarin oleh kumpulan pelampau agama Aum Shinrikyo di Jepun pada tahun 1995 membuktikan bahawa gas beracun ini tidak semestinya berasal dari stok yang dibuat oleh kerajaan. Dalam serangan tersebut, puak pelampau agama tersebut telah menghasilkan gas sarin secara bersendirian.

Kemungkinan Serangan Bendera Palsu
Satu lagi kemungkinan yang saya telah ambil kira adalah kejadian terbaru ini adalah satu serangan bendera palsu, iaitu percubaan untuk menghasilkan bukti-bukti palsu yang boleh digunakan untuk menarik penglibatan Amerika Syarikat ke dalam pertelagahan tersebut.

Saya meragui bahawa kejadian itu sendiri adalah bendera palsu. Adalah lebih besar kemungkinan bahawa mangsa-mangsa ini memang mati akibat Sarin. Dan besar kemungkinan bahawa kumpulan Topi Putih dan kumpulan anti-Bashar lain sekadar mengambil peluang daripada kejadian ini dengan mempergunakan mayat-mayat mangsa untuk  mempunyai kelebihan sahaja mengambil apa yang telah berlaku, iaitu menggunakan mayat mangsa dibunuh oleh serangan untuk meningkatkan sokongan mereka.

Bagaimana Jika Saya yang salah?
Tidak mustahil. Amerika Syarikat mendakwa bahawa mereka mempunyai bukti bahawa serangan kimia itu dirancang lebih awal.

Syria dikatakan melancar serangan tersebut kerana mereka boleh terlepas daripada tanggungjawab dikenakan tindakan kerana mereka dilindungi oleh Rusia.

Foto yang dikeluarkan oleh Kerajaan Syria menunjukkan struktur kubu pertahanan pesawat kerajaan Syria juga menonjolkan timbunan unit kontena yang sama seperti apa yang Rusia digunakan untuk menyimpan bahan kimia itu.

Apa yang dikatakan bukti Russia membantu menyebarkan senjata kimia.

Akan bersambung...

No comments:

Post a Comment