Baru-baru ini (6 Disember 2017), Free Malaysia Today (FMT), sebuah pengendali media atas talian dengan haluan kiri pertengahan telah mengeluarkan satu rencana berbentuk temubual dengan Profesor Zachary Abuza dari Kolej Peperangan Kebangsaan, Washington DC (Amerika Syarikat) yang mengkritik apa yang dikatakan sebagai kegagalan TUDM menghadapi peperangan dalam bandar. Kritikan keras profesor itu diterbitkan oleh pengendali media tersebut sebagai bukti bahawa mereka mengambil berat akan isu keselamatan negara.
Untuk rekod, Prof Zachary Abuza adalah dianggap sebagai pakar Asia Tenggara. Oleh itu, pandangannya dilihat penting.
Namun begitu, keadaan sebenar adalah berbeza daripada apa yang dipaparkan, dan saya akan senaraikan di bawah.
Kritikan terhadap TUDM
TUDM adalah salah satu daripada 3 cabang yang membentuk Angkatan Tentera Malaysia. Cabang ini ditubuhkan pada tahun 1958, adalah cabang termuda dalam Angkatan Tentera Malaysia.
TUDM adalah salah satu daripada 3 cabang yang membentuk Angkatan Tentera Malaysia. Cabang ini ditubuhkan pada tahun 1958, adalah cabang termuda dalam Angkatan Tentera Malaysia.
TUDM ada 2 fungsi utama dalam pertahanan Malaysia; untuk mempertahankan ruang udara Malaysia daripada pencerobohan kuasa udara asing dan sebagai pengendali pengangkut strategik untuk Angkatan Tentera Malaysia. Ada pelbagai fungsi lain, tetapi terlalu banyak untuk disenaraikan semuanya.
Cawangan tempur TUDM terdiri daripada jet pejuang; fungsi pertama untuk menghalang pencerobohan kuasa asing dan kedua adalah untuk mengebom musuh di darat dan laut yang cuba membuat onar di Malaysia. Ini bermakna mereka tidak berada di daratan, menentang musuh di permukaan darat. Itu kerja Tentera Darat.
Oleh itu, kritikan Dr Abuza ke atas TUDM adalah tidak bertempat.
Ancaman tradisional TUDM adalah tentera udara negara asing, bukan pasukan darat, yang ancamannya akan dihadapi oleh Tentera Darat. Mereka pakar dalam hal ini.
Inisiatif Kor Pegawai
Seperti rakan mereka dalam Amerika Syarikat, TUDM adalah lebih berat di bahagian pegawai. Mereka mempunyai lebih ramai pegawai dalam unit tempur mereka. Dan secara tidak langsung, lebih ramai pemikir.
Seperti rakan mereka dalam Amerika Syarikat, TUDM adalah lebih berat di bahagian pegawai. Mereka mempunyai lebih ramai pegawai dalam unit tempur mereka. Dan secara tidak langsung, lebih ramai pemikir.
Walaupun TUDM tidak mempunyai latihan peperangan dalam bandar secara rasmi, sumber saya telah mengiyakan bahawa terdapat pegawai dalam perkhidmatan tersebut yang telah melaksanakan latihan bercorak pertempuran jarak dekat sekurang-kurangnya semenjak krisis Lahad Datu.
Sekiranya Ia Berlaku Esok
Soalan yang dikemukakan oleh FMT kepada Jen Affendi Buang berkemungkinan berdasarkan pendedahan oleh Angkatan Tentera Filipina bahawa 12 daripada kematian tentera Filipina akibat tersasar bom ke pasukan sahabat adalah disebabkan kekurangan latihan bersama antara tentera darat Filipina dengan tentera udara Filipina.
Soalan yang dikemukakan oleh FMT kepada Jen Affendi Buang berkemungkinan berdasarkan pendedahan oleh Angkatan Tentera Filipina bahawa 12 daripada kematian tentera Filipina akibat tersasar bom ke pasukan sahabat adalah disebabkan kekurangan latihan bersama antara tentera darat Filipina dengan tentera udara Filipina.
Adakah TUDM akan menghadapi isu sama sekiranya, mohon dielakkan Tuhan, sebuah bandar di Malaysia ditawan oleh pengganas dan memerlukan serangan udara untuk menghapuskan kedudukan yang dikuasai oleh musuh dengan kehadiran pasukan sahabat berdekatan?
TUDM mempunyai rekod baik dalam mengendalikan serangan udara berkejituan tinggi, dengan komando TUDM (dikenali sebagai Paskau) memberi bantuan pengenalan sasaran menggunakan alat pensasar laser darat (atau Ground Laser Targeting Device - GLTD).
Semasa krisis Lahad Datu, TUDM telah memusnahkan banyak kedudukan pengganas, menyebabkan ramai pengganas terbunuh, ramai antara mereka tidak dapat dikesan dan dikira kerana mayat merek telah hancur.
Peralatan GLTD TUDM ini membantu TUDM untuk mengenai sasaran mereka dengan kejituan 5m.
Tentera Darat Malaysia dan Peperangan dalam Bandar
Sekiranya kritikan ke atas TUDM adalah tidak berasas, bagaimana pula dengan Tentera Darat?
Sekiranya kritikan ke atas TUDM adalah tidak berasas, bagaimana pula dengan Tentera Darat?
Pendedahan paling awal kepada peperangan dalam bandar untuk Tentera Darat Malaysia telah berlaku jauh lebih awal daripada pengetahuan Dr Zachary.
Pada tahun 1993, 2 kompeni daripada 19 Rejimen Askar Melayu Mekanise yang membentuk MALBATT 1 yang beroperasi di bawah payung UNOSOM II telah terlibat dalam operasi menyelamatkan 118 orang tentera Amerika Syarikat (daripada pasukan elit US Ranger dan US Delta Force) daripada Pasukan Petugas Ranger yang terperangkap di tengah-tengah Pasar Bakara selepas 3 buah pesawat Blackhawk daripada 160 Rejimen Pasukan Khas Airborne Amerika Syarikat ditembak jatuh oleh militia Somalia. Dalam operasi tersebut, 18 tentera AS terkorban. Kita pula kehilangan seorang askar, sekitar 8 hingga 9 yang lain cedera parah dan 4 buah kenderaan APC Radpanzer Condor musnah.
Berikutan itu, Tentera Darat telah memohon peruntukan untuk membina sebuah pusat khas untuk latihan pertempuran dalam bandar. Namun begitu, tiada peruntukan kerana keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.
Tetapi ini tidak bermakna Tentera Darat tidak melaksanakan latihan FIBUA (Fighting In Built-Up Area). Untuk mereka yang baru, FIBUA adalah nama lain bagi peperangan dalam bandar.
Latihan sering dijalankan di kawasan bekas kuarters dalam kawasan kem tentera. Latihan ini juga sering dilaksanakan saban tahun dalam latihan kesiagaan antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan.
Latihan FIBUA terbesar yang pernah diadakan setakat ini adalah Eks Stallion pada tahun 2013. Sebuah projek perbandaran yang terbelangkai digunakan sebagai tapak latihan.
Namun begitu, meminjam atau menggunakan lokasi awam, mahupun bekas kuarters tentera untuk FIBUA adalah tidak sesuai untuk jangka masa panjang.
Baru-baru ini, Tentera Darat telah melancarkan 2 inisiatif baru.
Yang pertama adalah Pusat Latihan Virtsim (atau Virtual Simulator), terletak di Kem Syed Sirajuddin di Gemas. Satu pusat latihan bersaiz platun telah ditubuhkan untuk menyediakan latihan yang boleh diubahsuai untuk askar kita; seperti permainan Counter-Strike, tetapi memakai peranti dan goggle yang mensimulasikan dunia untuk latihan.
Inisiatif kedua adalah pelancaran Pusat Latihan ZUCoV di Pulada, Johor. ZUCoV atau Zulkiple's Urban Combat Village ini dibina dengan bantuan kewangan daripada kerajaan Australia. Buat masa sekarang, pusat ini adalah dibina dengan menggunakan kontena sementara yang boleh digerakkan, dengan cadangan untuk pusat tersebut memiliki bangunan tetap.
Siapa Prof Abuza
Sekiranya ini adalah keadaan sebenar, apakah yang dirisaukan oleh Prof Zachary Abuza?
Sekiranya ini adalah keadaan sebenar, apakah yang dirisaukan oleh Prof Zachary Abuza?
Saya telah cuba menghubungi Prof Zachary Abuza untuk memahami dengan lebih lanjut. Tetapi saya belum lagi mendapat sebarang jawapan.
Saya meninjau penulisan Prof Zachary Abuza dan membuat kesimpulan bahawa walaupun dia mengatakan bahawa dia adalah pakar Asia Tenggara, kawasan kepakarannya adalah lebih kepada Filipina, militansi Islam dan China. Tidak banyak mengenai Malaysia.
Jadi kenapa FMT menemubual seorang pakar pertahanan yang tidak mengenali Malaysia untuk memberi pendapat mengenai Malaysia.
Malaysia bukannya tidak memiliki pakar penganalisa pertahanan. Jane's Defence Publication, majalah pertahanan terkemuka sedunia turut mempunyai seorang pakar pertahanan dari Malaysia. Dzirhan Mahadzir adalah antara pakar penganalisa pertahanan dan penulis. Beliau juga ada memberi syarahan di UPNM.
Kita juga ada Kapt (B) Abdul Rahmat Tun Hanif Omar, nama panggilan Seademon. Beliau bekas Paskau, dan beliau boleh memberi penjelasan lebih mendalam mengenai keupayaan TUDM.
Dan kita juga ada Marhalim Abas dari Malaysian Defence.
Mereka ini tak cukup sesuai?
Atau, mereka ada tujuan lain?
No comments:
Post a Comment