Search This Blog

Monday, April 17, 2017

Timur Tengah yang Bergolak - Bara Api Kebencian - Bahagian 2

Timur Tengah yang Bergolak - Bara Api Kebencian - Bahagian 1
Bashir al-Assad

Kerajaan Bashir al-Assad
Bashir al-Assad (juga dieja sebagai Bashar) telah mewarisi kerajaan dari bapanya, iaitu Hafez al-Assad, dari puak Alawiyah.
Hafez al-Assad

Hafez al-Assad bersama-sama dengan Mesir, Libya, dan Jordan membentuk barisan Pan-Arab yang anti-Israel .



Parti Baath yang Sekular
Dari segi politik, Syria merupakan sebuah negara sekular mirip Iraq. Mereka memegang fahaman politik sekular yang sama seperti di Iraq, kerana kedua-dua negara tersebut dibentuk berteraskan pemerintahan Parti Baath.

Pada asalnya, terdapat rancangan untuk menyatukan kedua-dua Iraq dan Syria di bawah pemerintahan Parti Baath sekular, tetapi rancangan ini menemui kegagalan kerana Iraq tidak berpuas hati bahawa Presiden Syria Hafez al-Assad telah menerima perjanjian damai dengan Israel yang ditaja oleh oleh PBB.

Ini diburukkan lagi dengan pendedahan bahawa Syria telah terlibat dalam percubaan rampasan kuasa di Iraq. Pendedahan tersebut terus menggagalkan sebarang usaha untuk menyatukan kedua-dua negara tersebut. (Iraq dan Syria sebelum ini sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah yang telah dipisahkan oleh British dan Perancis dalam Perjanjian Sykes - Picot pada akhir Perang Dunia 1).

Percubaan rampasan kuasa yang gagal itu untuk telah menyebabkan Damsyik untuk bersekutu dengan Iran semasa Perang Iran - Iraq. Hubungan Syria - Iran ini kemudian menjadi kian teguh dengan mereka bekerjasama di Lubnan dalam melatih dan membantu Hezbollah berhadapan dengan Israel.

Perang Teluk
Semasa Perang Teluk, Syria telah ditetapkan sebagai jalan keluar untuk juruterbang Bersekutu yang ditembak jatuh di ruang udara Iraq dan untuk anggota pasukan khas. Sekurang-kurangnya 1 individu berjaya menggunakan laluan ke Syria untuk menyelamatkan diri, iaitu anggota tentera British bernama Colin Amstrong, yang lebih dikenali dengan nlama pena beliau iaitu Chris Ryan.

Hubungan dengan Israel
Walaupun Syria menerima perjanjian damai dengan Israel pada tahun 70an selepas Yom Kippur, kegagalan untuk mendapatkan semula Golan Height terus menghantui Syria. Ini bersama-sama dengan hakikat bahawa tentera Syria mampu menghadapi tentera Israel di medan tempur menjadikan Syria lawan sukar untuk Israel.

Pendirian Sekular
Hafez al-Assad menimbulkan kemarahan dari kumpulan agama di Syria setelah beliau berjaya membatalkan syarat bahawa Presiden Syria perlu menganut mana-mana agama atau kepercayaan. Ini membawa Syria dalam pemberontakan yang berterusan dengan beberapa pertubuhan berasaskan agama.

Hafez al-Assad meninggal dunia pada 10 Jun 2000, tetapi tidak sebelum mengukuhkan dan mewariskan pemerintahan kepada Bashar.

Bashar bermula sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi harapan untuk negaranya. Beliau membuat janji-janji mengagihkan kuasa dari dirinya sendiri dan untuk membolehkan lebih banyak kebebasan bersuara.

Walau bagaimanapun, golongan anti-kerajaan merasakan bahawa tidak banyak perubahan yang dilakukan atau dengan kata lain, tidak ikhlas. Ia mengambil masa 11 tahun dari kematian Hafez hingga terletusnya Perang Saudara Syria.

Perang Saudara Syria terkini tercetus apabila penunjuk perasaan kepada rejim Bashar al-Assad menganggap bahawa Bashar tidak ikhlas untuk mengagihkan kuasa daripada dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi pencetus kepada perang saudara ini adalah penangkapan dan penyeksaan beberapa belia dikesan telah mengecat slogan anti-kerajaan di bandar Deraa. Penahanan tersebut menyebabkan orang ramai melancarkan tunjuk perasaan, dan dipercayai tentera kerajaan mengambil langkah yang melampau dengan menembak mati beberapa penunjuk perasaan.

Pengaruh Mazhab
Hakikatnya, konflik di Syria adalah perjuangan ideologi antara kelas pemerintah yang diketuai oleh Assad yang ditentang oleh rakyat marhaen.

Di sebelah pasukan tentera kerajaan rejim Assad, anda akan mendapati terdapat Sunni, Syiah, Alawiyah dan Druze kerana penyokong Assad ada dalam semua puak.

Sama juga dengan FSA. Penentangan terhadap rejim Assad juga dianggotai oleh seluruh pelusuk Syria dan disatukan dengan satu matlamat yang sama untuk menjatuhkan kelas pemerintah yang telah menafikan pembebasan politik untuk sebahagian besar Syria.

Walau bagaimanapun, dengan penglibatan Daish, Jahbat al-Nusra dan angkatan sukarela dari Iran, konflik tersebut mulai berbaur konflik mazhab.

Tidak dapat kita pastikan siapa yang memulakan menjadikan pertelagahan ini pertelagahan kaum/agama sektarian.

Daish dan Jahbat al-Nusra sebagai contoh, sering menggunakan video yang kononnya dirampas daripada sukarelawan Syiah yang ditangkap menunjukkan penderaan penduduk Sunni, sebagai panggilan untuk menentang rejim kerajaan Assad.

Penggunaan Senjata Kimia
Kali pertama senjata kimia dipercayai digunakan dalam konflik ini adalah di pinggir Damsyik pada bulan Ogos 2013.

Serangan Goutha

Dianggarkan antara 281 hingga 1,729 kematian dicatatkan apabila gas Sarin telah dilepaskan di bandar Goutha.

Kemungkinan tindakan balas antarabangsa memaksa Bashir untuk memusnahkan semua senjata kimia dalam inventori Tentera Syria.

Walaupun dipercayai keseluruhan persenjataan kimia Syria telah dimusnahkan di bawah pemantauan antarabangsa, pihak penentang tetap mendakwa bahawa gas klorin telah digunakan sebagai ganti dalam serangan selanjutnya dalam kawasan pemberontak.

Khan Sheikun berlaku. Lebih 80 orang mati dalam serangan 4 April itu.

Setakat ini, kerajaan Syria telah mengesahkan mereka telah menjalankan serangan udara itu, tetapi menafikan menggunakan bahan terlarang Sarin.

Akan bersambung...

No comments:

Post a Comment