Search This Blog

Showing posts with label PKM. Show all posts
Showing posts with label PKM. Show all posts

Tuesday, December 17, 2019

Kisah yang Dipendam - Tan Sri Koo Chong Kong

Kisah ini kisah yang sudah berpuluh tahun terpendam.  Apa yang kita boleh jumpa dalam sumber bertulis fizikal dan internet cumalah sedikit sahaja.  Dan pada masa sama, agak mengelirukan sekiranya sesiapa yang cuba mengorek kisah ini tidak mengetahui apa yang telah berlaku sebelum itu, di tengah-tengah, dan di penghujung.

Kisah ini adalah mengenai seorang wira, seorang wira yang lebih menyayangi negaranya berbanding nyawanya sendiri.  Yang memahami maksud pengorbanan.  Yang memahami bahawa di bahunya, tanggungjawab seorang rakyat kepada Raja, Negara, dan masyarakat.  Yang memahami bahawa kekhilafan perjuangan dahulu perlu diperbetulkan walaupun nyawa sebagai ganti. 

Friday, December 13, 2019

Tugu Peringatan Perang Air Itam - Sejarah


Sekiranya anda dalam perjalanan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang, anda akan melintasi struktur ini yang terletak di Bulatan Air Itam.  Sebuah tugu berbentuk lori Dodge digambarkan ditolak oleh beberapa orang lelaki yang mempunyai raut wajah Cina.  Dengan hanya tulisan Cina di tugu utama ini, kehadiran tugu ini membangkitkan kontroversi kerana disalah anggap sebagai suatu tugu yang telah dibina untuk mengagungkan pengganas komunis. 

Pandangan pertama kebanyakan pengunjung.

Sejarah negara kita bukanlah sehitam dan seputih yang diinginkan kebanyakan rakyat Malaysia.  Mungkin sebab kerana bagaimana sejarah diajar di sekolah-sekolah dan bagaimana Kementerian Pelajaran menstrukturkan matapelajaran sejarah kita, maka banyak perkara yang telah diabaikan ataupun lebih tepat, kurang diberi perhatian.  Ini diburukkan lagi dengan tugu itu hampir sepenuhnya ditulis dalam Bahasa Cina.

Sunday, August 25, 2019

"Biar putih tulang, jangan putih mata!" Walau baju terbakar, polis Bukit Kepong dan keluarga di bawah pimpinan Sjn Jamil rela mati berjuang daripada menyerah kalah kepada petualang.

Pertempuran Balai Polis Bukit Kepong merupakan antara tragedi hitam yang mewarnai sejarah negara. Tragedi yang berlaku pada 23 Februari 1950 itu menjadi titik hitam negara, terutamanya bagi Polis Diraja Malaysia di mana sepasukan polis tumbang di tangan pengganas komunis. Pertempuran tersebut yang turut dikenali dengan gelaran "The Malayan Alamo" itu menyaksikan bagaimana sebuah balai polis terpencil musnah di tangan "pejuang kemerdekaan".

Friday, January 1, 2016

Sejarah Pemberontakan Komunis di Malaysia


Tiadanya luka fizikal tidak bermakna semuanya boleh dilupakan.

Termeterainya perjanjian damai pada 17 Oktober 1990 antara Kerajaan Sarawak (mewakili Kerajaan Persekutuan) dengan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) membawa kepada tamatnya pemberontakan bersenjata oleh elemen komunis di bumi Malaysia.  Telah tewas bukan satu, bukan dua, tetapi 5 parti komunis yang cuba membawa ajaran anti-Tuhan itu ke bumi Malaysia.