MICE. Dalam Bahasa Inggeris, MICE merujuk kepada kata jamak bagi mouse, atau tikus. Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang merupakan Tahun Tikus Besi (kalendar Cina merangkumi 12 jenis haiwan dan 5 elemen), kita akan melihat apa itu MICE, khususnya dalam dunia ketenteraan dan geopolitik antarabangsa.
Eh? MICE dalam dunia ketenteraan dan geopolitik antarabangsa? Apa kaitan MICE dengan dunia ketenteraan dan geopolitik antarabangsa? Apakah MICE itu nama senjata hebat yang dinamakan sempena si tikus? Atau MICE itu merujuk kepada keupayaan Amerika Syarikat menggunakan Mickey Mouse untuk mengawal minda dunia? Jika anda berminat untuk mengetahuinya, jom terus membaca.
