Search This Blog

Showing posts with label TUDM. Show all posts
Showing posts with label TUDM. Show all posts

Saturday, September 14, 2019

Kemaskini Tawaran MiG35

Selepas Forum Ekonomi Timur, Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah mengumumkan bahawa Rusia telah memberitahu keinginan mereka bukan sahaja untuk mendapatkan kembali 10 unit pesawat MiG29 yang telah usang (akhirnya mereka mengaku bahawa hanya terdapat 10 unit pesawat yang boleh diselenggarakan daripada baki 16 unit MiG29), malahan hendak mendapat 18 unit SU30MKM yang sudah 'usang'.  Eh eh eh?

Tuesday, September 3, 2019

Perkembangan Terkini Program Penggantian MiG29

Terdapat perkembangan terkini dalam perancangan TUDM untuk menggantikan MiG29N yang telah lama tergendala.  Minggu lepas, wartawan NST Adrian David telah memetik kata-kata Dr. Viktor Kladov yang merupakan pembantu khas kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, bahawa Presiden Rusia itu dijangkakan akan membuat tawaran secara rasmi untuk menjual kepada Malaysia sebanyak 36 unit pesawat MRCA MiG35 Fulcrum-F dan sebilangan (bilangan belum ditentutkan) pesawat YAK130 jet tempur ringan.  Sebagai timbal balas, Malaysia dijangkakan akan menjual kembali 18 unit pesawat MiG29N yang sudah usang (realitinya, hanya 16 unit yang tinggal kerana 2 buah telah terhempas). Vladimir Putin dijangkakan akan mengemukakan tawaran ini kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir apabila mereka bertemu di Vladivostok semasa menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan diadakan dari 4 September ke 6 September tahun ini.

Vladimir Putin
Sumber Gambar: Kremlin.ru melalui Wikipedia

Monday, December 11, 2017

Pakar, Dibedah

Baru-baru ini (6 Disember 2017), Free Malaysia Today (FMT), sebuah pengendali media atas talian dengan haluan kiri pertengahan telah mengeluarkan satu rencana berbentuk temubual dengan Profesor Zachary Abuza dari Kolej Peperangan Kebangsaan, Washington DC (Amerika Syarikat) yang mengkritik apa yang dikatakan sebagai kegagalan TUDM menghadapi peperangan dalam bandar. Kritikan keras profesor itu diterbitkan oleh pengendali media tersebut sebagai bukti bahawa mereka mengambil berat akan isu keselamatan negara.