Search This Blog

Showing posts with label Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Show all posts

Saturday, December 16, 2017

What is Your Game, Online Media?

Very recently, I had written an article rebutting an article by Free Malaysia Today that claimed a foreign defence expert had criticised RMAF for being not ready for urban warfare.

Saturday, December 19, 2015

China - Friend or Foe?

I note with interest during the last couple of months, Malaysians took to social media to vent their anger against the apparent inaction of both Wisma Putra and Ministry of Defence against the intrusion of China's coast guard agency, known as China Coastal Guard (CGC).


Friday, May 22, 2015

11th Malaysia Plan - First Glance

Yesterday, the gist of 11th Malaysia Plan was first tabled by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.  And it is disconcerting there is no mention of plans for defence expenditure.

While so-called pacifists and activists may sigh a relief that Malaysia is not going to be part of a global arms race, this may not bode well to our nation's sovereignty.

However, it is still all too early to throw in the towel and speculate. Let's be patient and see how well did Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein had managed to convince Ministry of Finance for 11th Malaysian Plan.

Meanwhile at South China Sea, the Dragons of Middle Kingdom did not sit still...

Wednesday, May 20, 2015

Defending Malaysia - 11th Malaysia Plan

Credit - Najib Razak's Facebook


Early today, I received excerpt of speech by our Defence Minister, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein in the Parliament with regards of the 11th Malaysia Plan.  The content of the speech is to me very disturbing.  I will let you be the judge of it.


Saturday, February 7, 2015

Threat from Daish - Religion or Ideological War?

The rise of a previously obscure militant group that sought to overthrow Syrian President Bashir al Assad were first noted somewhere around September or October 2013.  The then militant group that called itself as ad-Dawlah al-Islāmīyah fī al-‘Irāq wash-Shām (loosely translated to ISIL or Islamic State of Iraq and Levant) was headed by Abu Bakr al-Baghdadi, a man believed to be a former inmate of the infamous Abu Ghraib Prison (he was imprisoned in Camp Bucca, where former interns of Abu Ghraib were placed after the Abu Ghraib scandal was broken to the world.

Back then, the civil war in Syria had worsened and US government had begun to supply weapons to militant groups in Syria that were opposed to Bashar's government.  Apparently, some of the weapons that were supplied by the US were later found to have made their way back to Iraq and were used in several attacks within Iraq itself.  It was only then that the US government realized that the ISIL that they had been supplying weapons to fight the Syrian government were actually the same Al Qaeda in Iraq (AQI or Tanzim Qaidat al-Jihad fi Bilad al-Rafidayn).  This was despite the fact that Iraqi military intelligence had warned the Americans of the links between the two groups.

DS Hishammuddin in answering the Q&A session during 3rd National Aspiration and Leadership Symposium

Saturday, January 24, 2015

Diplomasi dan Ketenteraan - Di Sebalik Tabir Hibah Pesawat Black Hawk TUDB

Lawatan Sambil Bekerja Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Sabah bermula semalam membawa kepada pengumuman hibah 4* buah pesawat helikopter Black Hawk milik TUDB kepada ATM.  Lawatan sempena latihan ketenteraan dengan tujuan Show of Force ATM di Negeri di Bawah Angin itu juga bakal memperlihatkan kenderaan AV8 Gempita buatan Deftech dioperasikan buat pertama kalinya dalam kawasan panas.

Sumber foto - http://www.army-technology.com/projects/black_hawk/
Pengumuman hibah oleh Kerajaan Brunei itu diterima dengan hati terbuka, tetapi pada masa yang sama terasa tamparannya kerana kita telah mendapat hibah daripada sebuah negara jiran yang jauh lebih kerdil daripada kita.  Namun di sebalik tabir, hibah pesawat Black Hawk TUDB ini mempunyai maksud yang amat mendalam, iaitu pengiktirafan kedaulatan Malaysia ke atas Sabah.

Bagi memahami erti kata ini, perlu kita kaji kembali sejarah Sabah itu sendiri.  Tetapi bukan daripada perspektif sejarah yang diajar dalam sekolah-sekolah di Malaysia.  Sebaliknya dari perspektif sejarah seperti yang dicatatkan oleh sejarahwan Brunei Darussalam, Pehin Jamil dalam bukunya Tarsilah Brunei II.


Sabah Di Bawah Brunei

Daulat Sabah pada asalnya dimiliki oleh Kesultanan Brunei.  Malahan, sejarah penubuhan Brunei itu sendiri dipengaruhi oleh Sabah.  Keseluruhan Sabah dari sebelah timur hinggalah ke barat berada di bawah Kesultanan Brunei.

Pada tahun 1660, berlaku rampasan kuasa dalam Kesultanan Brunei.  Dua orang putera Kesultanan tersebut bergaduh akibat sabung ayam sehinggalah menjadi sebuah perang saudara.  Pengiran Muda Alam menjadi korban pertama dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu.  Akibatnya Sultan Brunei ketika itu, Sultan Muhammad Ali dibunuh oleh penyokong Pengiran Muda Alam.

Kekosongan tersebut menyebabkan munculnya dua orang individu yang cuba mewarisi takhta Kesultanan Brunei; Sultan Muhyiddin (cucu Sultan Muhammad Ali) dan Sultan Hakkul Abdul Mubin (pembunuh Sultan Muhammad Ali).

Sultan Hakkul Abdul Mubin menubuhkan istananya di Pulau Chermin, Kinarut, Sabah.  Dari tahun 1660 sehinggalah 1673, percubaan demi percubaan Sultan Muhyiddin untuk menewaskan Sultan Hakkul Abdul Mubin gagal.  Akhirnya, Sultan Muhyiddin cuba mendapat bantuan daripada Kesultanan Sulu. Kawasan yang dijanjikan oleh Sultan Muhyiddin adalah kawasan yang meliputi kawasan ESSCOM hari ini.

Bantuan dijanjikan oleh Kesultanan Sulu untuk serangan ke atas Pulau Chermin.  Tetapi ketika serangan dilancarkan oleh Sultan Muhyiddin, tentera Kesultanan Sulu tidak membantu menyerang.  Mereka hanya tiba setelah tentera Sultan Muhyiddin berjaya menewaskan tentera Sultan Hakkul Abdul Mubin.

Murka dengan penipuan Kesultanan Sulu, Sultan Muhyiddin menghalau tentera Kesultanan Sulu.

Kesultanan Sulu masih juga cuba menuntut wilayah yang dijanjikan oleh Sultan Muhyiddin dalam beberapa percubaan walaupun mereka tidak menunaikan janji mereka di medan perang.  Namun setiap kali dihalau oleh Sultan Brunei.  Penguasan wilayah yang pernah dijanjikan kepada Sultan Sulu kekal dengan Sultan Brunei.  Namun tidak dinafikan terdapat daerah yang berjaya dikuasai oleh Sultan Sulu.  Tetapi memandangkan kaedah perhubungan yang kurang efektif ketika itu, mereka tidak dapat dikesan dan dihalau.  Kehadiran Kesultanan Sulu di situ sepertimana lanun yang kita hadapi hari ini.


Kehadiran British di Sabah

Setelah British melalui Syarikat Overbeck dan Dent mendapat hak pajakan ke atas Sabah, syarikat tersebut dicatatkan dalam sejarah turut mendapatkan pajakan bagi wilayah sebelah timur Sabah daripada Kesultanan Sulu.  Di situ terdapat kekeliruan yang dicatatkan dalam sejarah Malaysia.

Dokumen rasmi Kesultanan Brunei menyatakan bahawa pajakan yang diperoleh oleh Overbeck dan Dent meliputi keseluruhan Sabah, termasuk wilayah yang dituntut oleh Kesultanan Sulu.  Tetapi kenapa Overbeck dan Dent mendapatkan pajakan daripada Sultan Sulu?

Tujuan pajakan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan aktiviti penerokaan Sabah oleh mereka tidak diganggu oleh lanun dari seberang.  Syarikat Overbeck dan Dent hanyalah merupakan sebuah syarikat swasta yang mendapat piagam untuk meneroka.  Tujuan penubuhan syarikat mereka hanyalah untuk keuntungan.  Sama seperti sikap segelintir peniaga yang lebih rela membayar wang perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap daripada membantu polis membanteras kegiatan mereka.


Pencerobohan Lahad Datu

2013, kumpulan pengganas di bawah Jamallul Kiram II cuba mendapatkan wilayah yang dituntut dahulu untuk Kesultanan Sulu (hakikatnya mereka cuma buah catur Nur Misuari).  Ops Daulat dilancarkan dan kita kehilangan 10 orang anggota pasukan keselamatan dari ATM dan PDRM.  Salah seorangnya suami kenalan saya.  Di sebelah pengganas, angka korban rasmi adalah 70 orang.

Semasa krisis Lahad Datu berlangsung, Jamallul Kiram telah mengirimkan jurucakapnya, iaitu Abraham Idjrani dan anaknya Jacel Kiram untuk memohon bantuan daripada Sultan Hassanal Bolkiah untuk memaksa Malaysia menyerahkan Sabah kepada mereka.  Sebaliknya, Sultan Hassanal Bolkiah yang membuat lawatan rasmi ke Manila ketika itu tidak mempedulikan permohonan bantuan mereka.


Lawatan Rasmi Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia

Tahun lepas, Sultan Hassanal Bolkiah telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia.  Datuk Seri Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ditugaskan sebagai menteri kanan menjadi pengiring kepada baginda Sultan Brunei.  Masuk tahun 2015, MenHan mengumumkan hibah ini daripada Sultan Brunei.

Hibah ini membawa makna bahawa Daulat Sabah dipegang dan diiktiraf oleh Malaysia.  Dan ini sebenarnya merupakan tamparan ke atas Sulu, bukannya Malaysia.


* bilangan sebenar akan cuba dipastikan.