Some write for money. Some write to share. I write to share. Defence, economics, these are my fields. If I err, point out to me, so I will learn.
Search This Blog
Tuesday, August 11, 2026
πππ²π¨π§π ππ‘π πππππ₯π’π§ππ¬: ππ‘π πππ«ππππ π’π ππ¨π¬π π¨π π ππ’π¬π¬π’π₯π πππ« π¨π ππππ«π’ππ’π¨π§
Sunday, August 2, 2026
ππ§πππ§ππ«π² π’π§ ππ‘π ππ π π¨π ππ«π¨π§π πππ«πππ«π
Sunday, March 12, 2023
RMAF FA50 Programme - Next?
The Malaysian Government's decision to procure the FA50 Fighting Eagle for Royal Malaysian Air Force's Light Combat Aircraft programme provides a new opportunity for the service branch to fix an oft-unspoken problem faced by the service.
![]() |
| South Korean Republic of Korea Air Force (RoKAF) FA50. Source: RoKAF. |
Sunday, February 26, 2023
They Spied for the Enemy - Stories of Traitors
Amidst the war in Ukraine between the Russian Federation and Ukraine, British news outlets published a piece of small yet possibly significant news. On Friday, the 17th of February 2023, British High Court found David Ballantyne Smith guilty of charges of spying for Russia. Smith, a former aircraftman with the Royal Air Force (RAF), worked as a security guard at the British Embassy in Berlin when he committed the offence.
![]() |
| Smith, photo taken by undercover agents during the sting operation. Photo credit: The Guardian. |
Saturday, February 25, 2023
RMAF to get FA50 for LCA Programme
Yesterday (24th February 2023), Korean Aerospace Industries Co. (KAI) announced that they had won the bid to supply 18 units of FA50 to the Royal Malaysian Air Force (RMAF) for its Light Combat Aircraft (LCA) programme. The RM 4.1 billion (about USD 920 million) contract will see KAI deliver the combat aircraft to Malaysia beginning in 2026.
Tuesday, February 21, 2023
High-Altitude Spying
Sunday, February 12, 2023
Navy Chief Intends to Upgun the LMS
Recently, the new Chief of the Navy, Datuk Abdul Rahman bin Ayob hinted that he intends to procure a new batch of armed Littoral Mission Ships (LMS) as part of his plan to rejuvenate the Navy.
| Laksamana Datuk Abdul Rahman saluting the Guard of Honour at MINDEF. Photo credit: Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut |
Sunday, February 23, 2020
Ideologi - Benih Kehancuran yang perlu Dibasmikan
Wednesday, February 12, 2020
Ops Daulat - Pertempuran Kampung Siminul dan Kampung Srijaya serta Pertempuran Sungai Nyamuk - Bahagian Keempat (Terakhir)
2 Mac 2013

Manakala pada masa yang sama di Semporna, PDRM Bukit Aman telah selesai memproses maklumat daripada pintasan hubungan telefon dengan Agbimuddin Kiram. Mereka mengesahkan kehadiran 3 suspek dipercayai bersembunyi di Kampung Siminul dan Kampung Sri Jaya. Bantuan dikerah dari Tawau, termasuk Superintenden Ibrahim Lebar. Sebelum memulakan operasi, beliau mengarahkan kesemua anggota untuk menyerahkan telefon masing-masing untuk simpanan di balai. Hanya beberapa orang pegawai yang akan membawa telefon bimbit manakala yang lain hanya dihubungi dengan walkie talkie.
Di Semporna, kehadiran mereka diperhatikan oleh Detektif Korporal Hasan Basri. Memerhatikan bahawa pasukan polis tersebut digerakkan, dia segera menelefon kumpulan militan yang sedang bersembunyi di dalam kampung tersebut.
Jabah Mingku Voon mendapat berita kematian suaminya ketika beliau berada bersama-sama isteri para anggota polis lain. Anak mereka, Macluie pernah dirakamkan bahawa akan menyertai Polis bagi meneruskan generasi keluarga mereka dalam pasukan keselamatan. Mendiang ASP Michael Padel dikebumikan di Makam Perwira di Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan kubur PWI Kanang anak Langkau.Pelancaran Ops Daulat
Operasi besar-besaran dilancarkan dari sekecil-kecil senjata sniper Barrett .50 dan 40mm sehinggalah sebesar tembakan artileri 105mm serta serangan udara.
Bantahan Antarabangsa
Tindakan Malaysia memerangi sekumpulan kecil militan RSF itu mendapat bantahan sebilangan media Filipina sebagai tindakan berlebihan dan melampau, tetapi ibarat meludah ke udara jatuh ke muka sendiri, apabila Armed Forces of Philippines melaksanakan operasi di Zamboanga dan kemudiannya di Marawi dengan templat hampir sama, menggunakan overwhelming force tanpa memberi muka langsung.
Percubaan campur tangan Filipina bukan setakat kutukan di media sahaja. Seorang senator Filipina, Senator Miriam Defensor Santiago turut mencadangkan AFP digerakkan bagi menyokong tindakan Jamallul Kiram III melalui RSF, namun cadangan itu tidak disokong oleh Presiden Filipina ketika itu, Benigno Aquino III.
Di kalangan rakyat Filipina, mereka turut memprotes tindakan Malaysia. Protes oleh rakyat Filipina yang paling mendapat liputan di Malaysia adalah pembakaran Jalur Gemilang oleh seorang bekas polis Filipina, Abner Afuang. Walaupun tindakannya itu tidak memberi kesan ke atas tindakan Malaysia, malangnya rupa parasnya yang mirip Cina sambil memakai baju berwarna kuning sering disalahertikan di luar konteks sebagai seorang warganegara Malaysia berketurunan Cina yang terlibat dalam aktiviti Bersih.12 Mac - Pertempuran Sungai Nyamuk
Selepas pertempuran di Kampung Siminuljaya, satu demi satu militan Filipina tumbang di tangan pasukan keselamatan. Tetapi tidak bermakna mereka tidak lagi membawa bahaya kepada pasukan keselamatan.
Di awal pagi 12 Mac di sekitar jam 10.15 pagi, Kompeni A dari 7 Rejimen Askar Melayu Diraja telah diarahkan untuk membuat sekatan dan penggeledahan di Sungai Nyamuk. Mejar Mohd Shukri Ismail selaras ketua Kompeni A baru sahaja mengarahkan pasukannya untuk bergerak apabila satu tembakan yang diikuti tembakan bertubi-tubi oleh musuh. Pada masa sama, satu suara menjerit, "Hurairah kena tembak!" sebanyak tiga kali. Prebet Ahmad Hurairah menjadi korban kesembilan di tangan musuh, dengan tembakan tepat ke kepalanya.Maka bermulalah pertempuran yang berlangsung selama sejam. Setelah tamat pertempuran, seorang lagi askar, Korporal Khairul Anuar Md Isa didapati turut cedera terkena tembakan di muka. Manakala antara dua hingga tiga orang musuh terbunuh di situ.
Hari ini, nama beliau terpampang sebagai nama tambahan di arca yang melambangkan perwira-perwira RAMD yang terkorban dalam tugasan di depan padang kawad di Port Dickson. Hanya sms terakhir daripada beliau sebagai pengubat rindu kepadanya.
Wira Logistik
Jadi, apabila dilaporkan bahawa Pbt Ahmad Farhan terkorban akibat kemalangan jalan raya semasa membawa lori, ramai yang menyangka bahawa pengorbanan beliau akan menemui nasib yang sama. Dalam hal ini, Angkatan Tentera khususnya Tentera Darat Malaysia terkehadapan dalam memperingati pengorbanannya dengan turut mengiktiraf pengorbanannya setaraf dengan pengorbanan Pbt Ahmad Hurairah.
Pengajaran
Hari ini sudah 7 tahun selepas tamatnya Ops Daulat. Jasa-jasa mereka yang terkorban tidak dilupakan di kalangan kami yang mengikuti dunia pertahanan.
Bagi perwira-perwira PDRM, mereka masing-masing telah dinaikkan pangkat ke pangkat seterusnya serta dicalonkan pingat Panglima Gagah Berani. Manakala bagi perwira-perwira TD, mereka dinaikkan 2 pangkat.
Namun, melihatkan tahap kesihatan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhan hari ini, seolah-olah pengajaran yang diperoleh ketika itu tidak dipelajari sepenuhnya. Aset-aset masih lagi di takuk lama, dan ada pula yang terpaksa ditamatkan penggunaan tanpa ganti. Manakala kisah-kisah pengorbanan mereka pula mula pudar daripada ikutan semasa.
Dan dalam isu ini, musuh dalam konteks ini adalah sekumpulan gerila yang berperang dengan cara asimetrik. Kita telah lihat bagaimana mereka-mereka ini boleh menghancurkan bandar-bandar sepertimana di Zamboanga dan Marawi. Adakah kita bersedia untuk menghadapi mereka sekali lagi?
Ops Daulat dan Diri Sendiri
Bermula dari peristiwa berdarah Ops Daulat ini, barulah saya mula menulis secara serius isu-isu pertahanan. Melihat sendiri kesedihan keluarga-keluarga mereka yang terkorban, saya cuma dapat sekadar memastikan kisah-kisah mereka tidak akan dilupakan masyarakat dan pengorbanan mereka tidak akan dilupakan. Janganlah sampai perjuangan mereka disia-siakan oleh kita dan janganlah sampai berulang lagi.
Siri rencana ini ditulis sebagai tribute kepada pegawai-pegawai dan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam Op Daulat dalam mempertahankan negara daripada ancaman penceroboh dari Filipina, khususnya kepada arwah ACP Ibrahim Lebar dan keluarga, yang mana saya mengenali isteri arwah semasa di tempat kerja lama. Tak lupa juga kepada arwah Korporal Azrul Tukiran dan keluarga yang kini rapat seperti keluarga sendiri. Semoga Tuhan merahmati keluarga mereka.
Tuesday, February 11, 2020
Ops Daulat - Suatu Hari di Kampung Tanduo - Bahagian Ketiga
Kerja-kerja penyeludupan ini dipermudahkan dengan kewujudan seorang tali barut berada dalam Cawangan Khas. Hassan Basri yang ketika itu berpangkat Detektif Korporal yang bertugas di Semporna sudah tentu berada dalam kedudukan yang cukup baik untuk menerima maklumat sekiranya pergerakan mereka dikesan. Malahan, tugas hakikinya di Semporna adalah sebenarnya untuk mendapatkan maklumat kehadiran ancaman dari lanun.
Namun, pergerakan anggota tambahan menggunakan pesawat Air Asia itu dijadikan bahan jenaka beberapa ahli politik pembangkang ketika itu. Seorang pelukis tempatan yang berpaksikan parti politik pembangkang turut melukiskan beberapa kartun yang menghina usaha ATM pada masa mereka sepatutnya berdiri bersama-sama pasukan keselamatan negara. Malahan, mereka langsung tidak mahu mengetahui bahawa ketika Perang Teluk, Amerika Syarikat yang begitu gah juga menggunakan pesawat awam untuk menggerakkan ketumbukan tentera mereka.Di rumah Kpl Baharin, anaknya Nur Izzaty merajuk kerana ayahnya terpaksa keluar bertugas pada bulan hari jadinya. Hari jadinya akan jatuh pada 25 Mac. Hari jadinya pada tahun sebelum itu, ayahnya hanya dapat menghantar hadiah hari jadi melalui seorang rakan setugas lain kerana beliau bertugas ketika itu. Bagi memujuk Nur Izzaty, beliau berjanji akan balik menyambut hari jadi anak kesayangannya itu.
.jpg)







