Gambar Abu Bakr ketika dikenali sebagai Ibrahim Awad. Gambar diambil ketika dia ditahan di Penjara Abu Ghraib. Gambar kredit kepada US Army |
Jadi apakah simbolik di sebalik peristiwa ini? Apakah ini bermakna tamatnya Daish yang juga dikenali dengan singkatan-singkatannya yang lain (ISIS, IS, ISIL)? Atau peristiwa ini bermakna negara-negara di seluruh dunia perlu meningkatkkan tahap kesiagaan?
Masa untuk Meningkatkan Tahap Kesiagaan
Kematian Osama bin Laden pada Mei 2011 tidak menamatkan riwayat al-Qaida. Malahan, kematiannya tidak melemahkan langsung kumpulan tersebut. Begitu juga dengan kematian Anwar al-awlaki pada September tahun yang sama. Sehingga ke hari ini, bukan sahaja terdapat kumpulan di Timur Tengah yang taat kepada al-Qaida malahan di rantau ASEAN.
Osama bin Laden. Bekas mujahidin yang pernah mendapat sokongan dan latihan daripada CIA untuk menentang penjajahan Rusia ke atas Afghanistan. |
Satu lagi contoh adalah kematian V Prabhakaran dari LTTE. Walaupun Prabhakaran telah terbunuh dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada kepungan Tentera Sri Lanka, LTTE masih lagi hidup.
Prabhakaran ketika menjadi pemimpin LTTE. Kumpulannya telah menginovasikan serangan bunuh diri dengan meletupkan bahan letupan dalam vest bom pada badan. |
Pengajaran daripada Abu Musab al-Zarqawi
Mungkin pengajaran yang lebih baik adalah daripada kisah Abu Musab al-Zarqawi. Dilahirkan dengan nama Ahmad Fadeel al-Nazal al-Khalayleh di Jordan, dia menjadi seorang radikal di sebuah penjara di Jordan ketika dia menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri. Selepas dibebaskan dari penjara, dia telah cuba menyertai pasukan mujahiddin di Afghanistan untuk menentang penjajah Rusia tetapi dikatakan telah sampai agak lewat untuk membantu dalam usaha perang kerana Rusia telah mula berundur.
Abu Musab al-Zarqawi |
Dari satu peperangan ke peperangan lain, Abu Musab berpindah ke Iraq apabila dikhabarkan Amerika Syarikat akan menawan Iraq. Di situ, dia telah menubuhkan Jama'at al-Tawhid al wal-Jihad, yang membawa makna Pertubuhan Tauhid dan Jihad. Dengan kumpulannya ini, dia bukan sahaja menjadi duri dalam daging kepada Tentera AS dan sekutu-sekutunya, tetapi juga ke atas penduduk tempatan. Di situlah dia telah memulakan rakaman video pemenggalan mangsanya yang kemudiannya digunakan untuk propaganda.
Kekejamannya tidak mengenal batas. Di salah satu kawasan yang berjaya dikuasai kumpulannya, kumpulannya telah menahan sebilangan penduduk tempatan yang mereka percaya telah membantu kerajaan Iraq. Ibu kepada salah seorang lelaki yang menjadi tahanan ini telah cuba berunding untukk membebaskan anaknya. Sebagai menunjukkan adab sopan kepada ibu tersebut, kumpulan tersebut telah menghidangkan masakan kepada ibu tersebut sementara dia menunggu anaknya dibebaskan. Setelah menghabiskan makanan yang dihidangkan, ibu tersebut bertanya di mana anaknya. Kumpulan tersebut menunjuk ke arah makanan yang baru dihabiskan itu yang telah dimasak dengan daging anaknya.
Kekejaman sebeginilah yang telah dilakukan oleh kumpulan tersebut ke atas penduduk tempatan Iraq. Dan dia tetap meneruskan kekejaman itu biarpun telah ditegur oleh Osama bin Laden. Dan kekejaman inilah yang akhirnya membawa padah kepadanya.
Pada 7 Jun 2006, dia terbunuh dalam satu serangan udara ke atas sebuah rumah perlindungan. Lokasinya telah didedahkan oleh orangnya sendiri, besar kemungkinan kerana telah muak dengan kekejamannya ke atas warga Iraq biasa.
Dengan kematian Abu Musab, mereka (Amerika Syarikat) telah ingat bahawa kumpulan tersebut akan menjadi lemah dan kemudiannya pecah. Malangnya, itu tidak berlaku.
Apabila AQI atau al-Qaida in Iraq mula mengukuh di Iraq, CIA telah mendapat ilham yang cukup hebat untuk memberi bantuan peralatan dan senjata kepada kumpulan Jama'at al-Tawhid al wal-Jihad dan menghasut mereka untuk menentang al-Qaida. Kemudian, apabila AS mula mencampur tangan di Syria, mereka juga telah memberi bantuan senjata dan peluru secara rahsia kepada kumpulan tersebut untuk menentang Syria.
Penglibatan CIA dalam kumpulan itu mula diketahui apabila tentera kerajaan Iraq telah terbunuh dalam beberapa serangan hendap berhampiran dengan sempadan Syria. Bahan peledak yang dibuat di Amerika Syarikat telah dijumpai dan kerajaan Iraq telah mengadu kepada kerajaan AS. Ini telah membawa kepada suatu siasatan di Senat Amerika Syarikat yang turut dilaporkan di media massa sekitar tahun 2010 hingga 2011, beberapa bulan sebelum tumbangnya bandar Mosul dan Fallujah.
Hanya ketika inilah, kumpulan yang asalnya ditubuhkan oleh Abu Musab al-Zarqawi ini yang asalnya dikenali sebagai Jama'at al-Tawhid al wal-Jihad telah berubah nama kepada ISIL yang ketika itu telah dipimpin oleh Abu Bakr al-Baghdadi.
Peperangan yang Tiada Penghujungnya
Apa yang kita hadapi hari ini bukanlah sekadar pergerakan militan. Tetapi ideologi. Kumpulan militan biasa biasanya akan berhenti wujud apabila anggota-anggota utama kumpulan itu dihapuskan. Tetapi, apabila sesebuah kumpulan itu menjadi cukup dominan dan cukup lama untuk menghasilkan ideologi mereka sendiri, kita akan menghadapi masalah.
Untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan di mana ideologi mereka telah wujud, yang perlu diserang adalah ideologi itu sendiri. Membunuh kepala ular itu sendiri tidak akan memberi kesan kerana hanya akan menghasilkan kepala baru, atau lebih teruk, lebih banyak kepala baru.
Itulah sebab kenapa kerajaan Arab Saudi telah mendekati Malaysia ketika pentadbiran terdahulu untuk mencari jalan menentang ideologi yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan militan ini.
Ini adalah pengajaran yang sama yang diperoleh oleh Lt Jen Sir Gerald Templer dalam menentang ideologi komunis di Tanah Melayu. Apa yang perlu dilakukan adalah kemusnahan ideologi tersebut, dan ini tidak boleh diperoleh dengan peluru dan bom semata-mata. Usaha ini perlu diteruskan dengan pendidikan, pengagihan kuasa dan ekonomi.
Untuk memenangi peperangan seperti ini, kita memerlukan individu yang hidup, bukannya mayat. Dan mayat tidak boleh berkongsikan maklumat yang diperlukan.
Datuk Ayub Khan baru-baru ini mengumumkan bahawa seramai 40 orang warga Malaysia yang cuba kembali ke tanahair. Kebanyakan daripada 40 orang ini adalah wanita dan kanak-kanak yang telah meninggalkan Malaysia selepas terpengaruh dengan propaganda Daish. Ada antara mereka mungkin juga telah membunuh orang untuk Daish. Usaha untuk mereka kembali ke Malaysia telah mendapat tentangan hebat.
Dalam peperangan kita menentang komunis, ramai anggota komunis telah menyerah diri secara sukarela kepada pasukan keselamatan, khususnya kepada Cawangan Khas. Anggota-anggota komunis ini, sama ada lelaki ataupun wanita, telah ditempatkan bersama-sama keluarga ramai pegawai Cawangan Khas untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Mereka-mereka ini bukan sahaja telah memberi maklumat yang cukup penting kepada pasukan keselamatan dalam menentang pergerakan komunis, malahan ada antara mereka yang telah turut mengangkat senjata menentang bekas rakan-rakan mereka. Sir Gerald Templer sendiri telah mengarahkan untuk penubuhan satu unit khusus kepada bekas anggota komunis bergelar Special Operations Volunteer Forces berkekuatan 2 batalion, masing-masing seramai 800 orang (termasuk lelaki dan wanita). Unit ini telah berjuang di bawah panji PDRM sebagai pasukan polis hutan dan dikatakan cukup berkesan sehingga menjadi kebanggaan kepada Sir Gerald Templer.
Mungkin adalah lebih baik sekiranya 40 orang itu dibenarkan balik untuk memudahkan tugas Cawangan Khas untuk mengetahui lebih banyak mengenai Daish.
Jika kita boleh menerima anggota komunis yang telah menyerah diri di masa lampau, apakah kita tidak boleh melakukan perkara sama untuk mereka yang pernah berada di bawah pengaruh Daish?
No comments:
Post a Comment