Sejarah. Ya, sejarah memang banyak yang tersembunyi. Sebagaimana sesetengah pihak cuba mengagungkan individu-individu yang terlibat dalam komunisme sebagai wira-wira dalam perjuangan negara mendapatkan kemerdekaan, tidak pasti pula sama ada mereka ini betul-betul kenal siapa "wira" mereka ataupun, mereka sendiri tidak tahu kisah gelap yang "wira-wira" mereka ini telah sembunyikan.
Boris Hembry semasa Perang Dunia Kedua Sumber Gambar - http://www.specialforcesroh.com/gallery.php?do=view_image&id=16739&gal=gallery |
Buku Boris Hembry |
Petikan di bawah adalah dipetik daripada diari yang ditulis oleh Boris Hembry, seorang peladang getah British yang juga merupakan bekas perisik semasa Perang Dunia Kedua. Diari ini diterbitkan oleh anak-anaknya yang merasakan bahawa memoir yang ditulis oleh ayah mereka itu perlu dikongsikan kepada dunia. Oleh itu, memoir ini telah ditulis dalam bahasa yang amat bersahaja dan ditulis tanpa berselindung.
Petikan ini dari memoir beliau yang bertajuk "Malayan Spymaster - Memoirs of a Rubber Plannter, Bandit Fighter and Spy" dan dipetik dari muka surat 317 ke 318 dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh saya. Dan berdasarkan kisah ini, adalah menceritakan beberapa hari selepas pembunuhan 3 peladang British di Sungai Siput.
"Bulan Jun 1948, bekas MPAJA yang bersembunyi di dalam hutan berkekuatan lebih kurang 5,000 orang, tetapi mempunyai sekitar 100,000 penyokong. Kebanyakan kita akan 'menyokong', bersetuju untuk mengutip duit, memberi makanan atau tempat perlindungan, atau melaporkan pergerakan dan aktiviti harian majikan kita, sekiranya keluarga kita diancam bahaya. Penyokong ini adalah Min Yuen. Seorang petani Cina memiliki sifat terpuji, berdikari dan amat rajin. Dia tinggal di tepi hutan, membina sebuah pondok atap dengan sendirinya di mana dia dan keluarganya menginap, membeli babi betina dan beberapa ekor ayam betina, mengerjakan tanah, dan adakalanya bekerja di estet getah atau lombong bijih timah berdekatan. Amat sesuai untuk matlamat Chin Peng.
Untuk sekitar empat ke lima hari kemudian, pembunuhan, pembakaran dan tindakan keganasan berleluasa di kebanyakan tempat di seluruh Tanah Melayu, tetapi paling teruk menerima kesan adalah di Perak, Johor, Selangor dan beberapa tempat di Negeri Sembilan, semuanya tempat yang mempunyai kadar penduduk Cina yang tinggi. Walaupun tiada tempat di dalam negara yang selamat daripada aktiviti keganasan, di negeri-negeri di mana Melayu adalah majoriti, seperti Kedah, Melaka dan negeri-negeri di pantai timur kurang menerima tempias. Adalah amat kejam tindakan keganasan yang dibuat ke atas orang awam khususnya Cina yang berani bangkit menentang pengganas komunis. Lelaki dicincang sehingga berkecai di depan keluarga mereka, biasanya dengan cangkul. Kadang kala, usus mangsa dipotong keluar bersama hati, dan si isteri dipaksa memasaknya. Ada kalanya, mangsa ditinggalkan untuk mati dengan perlahan di depan keluarga dan jiran sebagai pengajaran. Satu cara lagi kaedah untuk mendapatkan sokongan adalah dengan menyalib kanak-kanak. Saya tahu ini daripada pengalaman peribadi, melihat kekejaman ini dengan mata saya sendiri di Ladang Kamuning. Semua ini, tidak kira betapa kejam dan betapa keji dan tidak berperikemanusiaan, rupa-rupanya boleh sahaja digunakan sebagai alasan di atas nama perjuangan komunisme Marxist. Tidak hairan kenapa perasaan di kalangan kami terhadap komunisme dan penyokong mereka, adalah kebencian yang melampau."
No comments:
Post a Comment