Search This Blog

Tuesday, November 15, 2016

Antara Terompah, Semak Besar, Semak Junior, Yomama, Bapa Keli dan Keli Bukit Berlari

Sepakulation.

One of the reason kenapa Terompah menang adalah kerana ramai para veteran US sedang marah terhadap Keli.

Isu Benghazi menjadi duri dalam daging ikan keli kerana dianggap telah mengkhianati Duta AS ke Libya dan menyebabkan kematian Duta AS dan 2 orang veteran tentera AS yang bekerja dengan CIA sebagai PMC.

Jika dilihat, kes ini ada mirip dengan tuduhan sama dengan suami Keli Bukit Berlari. Tindakan suami Keli Bukit Berlari, iaitu Bapa Keli menghalang penghantaran AC130 dan Abrams ke Mogadishu disebut sebagai punca utama kegagalan operasi di Pasar Bakara. (Punca utama sebenar adalah pihak Task Force Ranger mengguna modus operandi sama untuk 8 serbuan sebelum itu).

Tetapi bukan itu isu yang kita nak kupas hari ini.


Peperangan yang dimulakan oleh Semak Junior untuk mendapatkan petrol di Iraq dan membalas dendam Semak Senior itu memerlukan ramai tentera.

Tentera AS pasukan sukarela. Tetapi untuk mendapatkan sukarelawan, Tentera AS menawarkan biasiswa kepada orang awam yang sudi menyertai Tentera AS.

Sekiranya seorang anggota tentera menghampiri tamat tempoh kontrak, mereka akan dihampiri para jururekrut yang akan menawarkan kepada mereka bonus khas untuk menyertai tentera semua.

Namun begitu, dalam masa 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, Jabatan Audit Negara AS menuduh ramai para jururekrut ini telah menyalahguna bonus tersebut untuk menipu ramai veteran untuk menyertai semula Tentera AS.

Menariknya, Jabatan Audit Negara AS bukannya menuntut duit tersebut daripada para jururekrut yang menipu para Tentera AS. Tetapi telah menuntut duit tersebut daripada para veteran yang memerlukan wang ketika itu.

Sudah beberapa kes telah masuk ke mahkamah di mana para veteran telah menyaman kerajaan AS.

Bukan sahaja kena tipu si Semak untuk masuk peperangan untuk poket si Semak, malahan kena tipu kerajaan AS di mana si Keli Bukit Berlakei merupakan Setiausaha Negara (setiausaha je).

Jadi walaupun si Terompah pernah menghina keluarga Golden Star, tetapi kesilapan besar Keli, Yomama, dan Semak bekerjasama cuba menjatuhkan Terompah menyebabkan rakyat AS dan para veteran bertindak mengundi Terompah.

Bak kata-kata Terompah, "You're Fired!".


No comments:

Post a Comment